Jom belajar sejarah bendera hijau putih PAS

 

1 bendera bulan purnama utk pilihanrayapas Petikan dari Norani dan Abg Marzuki FB dengan izin:

“Bendera PAS hijau putih bulan purnama dihasilkan bagi tujuan pilihanraya, dan ia bukan bendera rasmi PAS yang ada dalam rekod ROS pada salanya, tapi ROS dan SPR telah membenarkan PAS pakai bendera hijau putih….selain daripada bendera rasmi pas, putih, merah dan hijau.

Almarhum Ustaz Hassan menceritakan sejarah bendera putih hijau ini terhasil dalam satu pilihanraya umum akhir 60an di mana seorang Muslimat di Sg Besar yg sudah berumur mencadangkan kepada Ustaz Hassan supaya dibuat satu bendera yang mudah untuk dijahit oleh orang kampung. Bendera putih, merah, hijau agak sukar nak dihasilkan dengan jahitan. Lalu wanita itu mengambil tudung botol diletakkan atas kertas dan dilukiskan bulatan dan dicadangkan supaya bendera pas mempunyai bulatan berwarna putih, latar belakang hijau atau hitam. Bulatan ini adalah cahaya yang menerangi kegelapan. Bulatan itu menggambarkan simbol bulan purnama. Kalau dipusing bendera itu arah mana sekalipun, bulan putih tetap di tengah, pusing belakang atau depan sekali pun, bentuk bendera tetap sama…tidak seperti bendera parti-parti lain. Lantas Almarhum Ustaz Hassan setuju dan perkenalkan bendera putih hijau ini. Ketika itu Almarhum Ustaz Hassan memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat….itulah cerita dari suami saya yang pernah ikuti Almarhum Ustaz Hassan ke Amerika di akhir tahun 1980an. Jom sedeqah al-fatihah untuk Almarhum Ustaz Hassan Shukri. Al-fatihah.”

11057478_10204988328174858_80787639242562055_o

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s