Dulu DAP tidak setuju dengan Ustaz Fadzil, sekarang tidak setuju dengan TGHH selepas perintah P. Pinang

Masa Almarhum Ust Fadzil Noor hidup, DAP sudah memusuhi PAS.Sekarang DAP memusihi TGHH

DAP tak pernah dapat perintah P. Pinang kalau tidak kerana gabung dgn PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat
Dulu DAP hanya gabung dengan PKR, secara tak rasmi belakang Brisan Alternatif, DAP tak dapat perintah mana-mana negeri
PKR gabung dengan PAS, maka PKR dapat perintah Selangor dengan restu TGHH bahawa MB Selangor beri pada PKR walaupun PAS ada lebih satu kerusi dari PKR.
11960217_530028550479983_5431246247733590673_n

Media jahat dan musuh PAS papar imej “buruk” Presiden PAS

foto yg disorok

Media jahat bina persepsi jahat dan fitnah ke atas pimpinan Islam…macai sekularis turut tertipu dan menyambung lidah syaitan media jahat…..TMI dan Malaysiakini adalh media DAP dan PKR tidak jauh beza dengan Utusan, BH, Sinar, NST, STAR yang merupakan media BN bila memaparkan berita berkaitan dengan Datok Seri Tuan Guru Hj Hadi dan PAS

DAP anti islam? buktikan….

dap anti-demokrasi

Buktikan DAP menentang Islam?

Bukti 1, dlm Perlembagaan DAP itu, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Dalam Perlembagaan Malaysia tidak ada disebut sekular. Ini bercanggah dgn Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama bagi negara.

Bukti 2, prinsip sosialis sekular yg mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dgn Perkara 3, yg memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati sultan/YDPA sebagai ketua agama. Bebas beragama dan bebas tanpa .kawalan agama adalah dua perkara yang bercanggah,

Bukti 3, siri-siri  penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk laksana EJKS II, sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dlm titah Baginda d DUN Kelantan Mac 2015… dalam hal ini ramai saksi hidup yg sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup DAP di mana ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dgn EJKS II

Bukti 4, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dgn prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dgn hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dgn Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.