PASMA, memberontak dalam PAS kerana nafsu tak puas hati

Sejarah jiwa memberontak orang Melayu Islam di Malaysia. Ada dua pola: kerana ISLAM atau kerana NAFSU TAK PUAS HATI.

ABIM, ISLAH, PASMA tertubuh kerana tak puas hati (dua pola)
ABIM kekal NGO bukan politik, fokus pada pendidikan, dakwah, dan kebajikan
ISLAH tidak jadi NGO, kemudian cair.
PASMA jadi NGO fokus pada politik dalaman PAS.

Ahli PAS dalam PASMA eloklah kembali ke pangkuan jalan atau keluar PAS sebelum dipecat seperti yang berlaku kepada ahli PAS dalam kumpulan ISLAH.jiwa memberontak

Majlis Syura Ulamak sudah keluarkan arahan supaya ahli PAS jangan sertai PASMA dan jangan sertai program dan aktiviti PASMA. Masih degil? Masih mahu memberontak kerana NAFSU? Mahu menjadi PENGKHIANAT? Mahu menjadi PARASIT dan ANAI-ANAI dalam PAS?

PASMA mengundang perpecahan dalam PAS, musuh dalam selimut

Ahli PAS dalam PASMA telah mencabar arahan dan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang melarang ahli PAS sertai PASMA samaada menjadi ahli mahupun aktiviti PASMA.

NGO ini tidak menjadi masalah kalau ……..

a. NGO PASMA ini tidak menjadi masalah pada PAS kalau ia ditubuhkan untuk mengukuhkan PR tetapi mengapa ia menyerang PAS dan pimpinan PAS, maka apakah ini akan mengukukan PR? atau mahu menhancurkan PAS dalam PR? Amat ironis dan jahat tindakan mereka

b. NGO ini tidak menjadi masalah pada PAS kalau ia ditubuhkan untuk mencari sokongan daripada rakyat/pengundi atas pagar yang masih belum bersedia menerima PR (parti-parti dalam PR) tetapi mengapa ia dipimpin oleh pimpinan PAS di peringkat Pusat dan Negeri dan hanya mengumpulkan ahli PAS untuk menjadi ahlinya? Benarkah ini untuk mengukuhkan PR? Mengapa PASMA tidak cari ahli dari parti UMNO, MIC, MCA dan orang atas pagar? Apa muslihat celako mereka?

c. NGO ini tidak menjadi masalah pada PAS kalau ia ditubuhkan untuk melemahkan UMNO-BN dan melawan UMNO-BN dan sekaligus akan perkukuhkan PR, tapi mengapa PASMA ini terus membuat fitnah ke atas PAS dan pimpinan PAS terutama Presiden PAS serta memboikot program PAS, misalnya program sambutan ulangtahun penubuhan PAS di Kelantan; ia tidak dihadiri oleh pimpinan PASMA Kelantan, termasuk Husam Musa. Ada alasan lagi tak habis2?

1662298_317824681738447_3455275608620390652_n

Tariq Suwaidan, Syiah, Anwar, dan PAS

IMG-20141014-WA0062
Selepas selesai isu MB Selangor dan Muktamar PAS Pusat, kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh seorang Tokoh Selebriti Timur Tengah, Dr Tareq Suwaidan. Yang lebih mengejutkan lagi apabila Dr Tareq Suwaidan dikatakan Ketua Ikhwan Muslimin (IM) Kuwait. Entah bagaimana dakwaan ini boleh berlaku dan bila pula Kuwait mempunyai wakil IM secara rasmi di sana. Maka, ada baiknya kalau dapat saya menjelaskan beberapa isu berkait dengan tokoh ini terutama fitnah yang dilemparkan bahawa Kepimpinan Ulama adalah dari Syiah dan saranan supaya Ulama tidak terlibat secara aktif dalam Politik yang bersalahan dengan dasar dan amalan PAS.

Siapa Dr Tareq Suwaidan ?

Dr Tareq Suwaidan adalah kelahiran Kuwait. Kuwait pula adalah bekas jajahan British bersama Qatar, Iraq , Bahrain dan Negara teluk yang lain. Kalau diimbau dari segi sejarah, pemetaan Negara Negara Arab di Negara teluk adalah hasil tangan perancangan Imperialisme British yang memecahkan Dominasi Khalifah uthmaniyyah pada akhir abad ke 20. Dr tareq Suwaidan mendapat pendidikan dalam bidang teknologi di Amerika semenjak tahun 1970an. Dan ketika waktu itu, Di Amerika terdapat jaringan IM yang bertempiaran akibat buruan di negeri masing masing terutama di Mesir , Iraq dan Palestine. Dr Tareq Suwaidan berada di USA di sekitar 70an untuk menyiapkan sarjana Muda. Kemudian pada Awal tahun 80 an untuk master dan 90 an untuk PHD dalam bidang teknologi Petroleum di TULSA University di Oklahoma. Di USA, beliau berkenalan dengan bekas bekas IM dan ahli akademi Arab di sana terutama melalui Pertubuhan yang diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi (Palestinian) bersama Anuar Ibrahim iaitu International Institute of Islamic Thought (IIIT). Dan di sinilah beliau berhubung dengan seorang kerabat diraja Arab Saudi dan penyumbang dana terbesar kepada IIIT iaitu Prince Waleed At Talal, yang juga taikun Besar industry Siaraya di Arab Saudi.

Prince Waleed At Talal melantik Dr tareq Suwaidan sebagai Pengerusi Ar Resalah, sebuah badan ngo untuk penyiaran agama yang berpusat di Riyadh. Namun dr Tareq dipecat pada 2012 selepas dikatakan menyokong Presiden Morsi dan dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin di Mesir. Selepas peristiwa itu, Nama dr Tareq Suwaidan naik serta merta selepas pemecatan oleh Prince Waleed At Talal. Namun, bagaimana pula beliau dikatakan Ikhwan Muslimin? Ini sebenarnya dikaitkan dengan penglibatan beliau bersama IIIT di USA ketika berada di TULSA University, USA. Ketika era 1980 an dan 1990 an, kelompok kelompok pelajar ISLAM sering dikumpulkan dalam satu badan yang dinamakan sebagai Muslim Student Association (Muslim Student Union) dan Islamic Society of North America (ISNA) sehinga ada yang dikaitkan dengan aktivit terrorisme yang digembar gemburkan oleh NYPD ( New York Police Department).

Di dalam kelompok inilah Dr Tareq dikatakan mempunyai kaitan dengan IM dan dalam masa yang sama beliau juga terlibat dengan pelajar pelajar Malaysia di sana yang turut diwakili Persatuan Mahasiswa MISG dan MISNA. Dan tidak hairan apabila beliau datang ke Malaysia , beliau mengenali tokoh MISNA dan MISG seperti Dr Rahim Ghouse, Dr Syed Azman dan Juga Dato Sri Anwar Ibrahim yang mempunyai jasa besar dalam membantu Dr Ismail Faruqi menubuhkan IIIT dan bersama dalam Pusat tajaan Prince Waleed At Talal, Center of Muslim-Christian Of Understanding Georgetown University di Washinton DC. Di Pusat ini juga turut menampilkan seorang tokoh dialog terkenal John L Esposito yang menulis ISLAM THREAT: Myths or Reality ?, yang pernah dibawa ke Malaysia melalui jaringan Dato Sri Anwar Ibrahim. Dalam isu ini, pelik pula apabila Prince Waleed At Talal tidak mengambil tindakan terhadap IIIT yang bersekutu dengan Dr Tareq Suwaidan. Kesimpulan dan persoalan kita, Bila Dr Tareq Suwaidan memimpin Ikhwan Muslimin Kuwait sedangkan Kuwait tidak pernah menjadi Power Base kepada IM luar dari Mesir.

Suwaidan Dan Tuduhan Syiah-Ulama PAS.

Kedatangan Tareq Suwaidan ke Malaysia yang dibawa oleh beberapa Pemimpin Pakatan Rakyat mencetuskan beberapa kontreversi. Antaranya ialah dengan Mudah mendakwa Dr Tareq Suwaidan sebagai Ulama IM dan gerakan ISLAM serta menghidupkan pandangan Tareq Suwaidan bahawa Kepimpinan Ulama adalah dari Syiah. Entah bagaimana hebat silap mata ini dipaparkan kepada kita di Malaysia. Sebelum ini, dikejutkan bahawa tuduhan ustaz muda mengaku Ulama, namun kini, Selebriti TV dan Lulusan Petroleum Pula diangkat Ulama gerakan ISLAM. Suatu fenomena silap mata yang cukup mengaburkan mereka yang kurang maklumat dan Pengetahuan tentang Politik Luar Malaysia.

Bukan itu sahaja, didatangkan pula dakwaan bahawa kepimpinan Ulama datang dari Syiah. Isu lapuk yang cuba didatangkan untuk memburukkan kepimpinan Ulama bagi menyokong peralihan golongan Liberal Progressif ( pinjam istilah DAP Serawak) dalam PAS. Dengan Mudah, dengan bersandarkan Serban dan jubbah Arab, seorang tokoh Selebriti diangkat Ulama dan mefatwakan bahawa kepimpinan Ulama datang dari Syiah!!. Kepada siapa pembodohan ini mahu ditujukan?

Dalam Mazhab Syiah, mereka tidak menjadikan kepimpinan Ulama sebagai dasar. Dalam mazhab Mereka, IMAM atau Imamah adalah Mutlak dan Maksum yang berlainan falsafahnya dalam kepimpinan Ulama yang diperlembagakan dalam PAS berdasarkan fahaman Ahlu Sunnah wal Jamaah (sunni). Tuduhan yang paling dekat untuk menyamakan Kepimpinan Ulama adalah gagasan Vilayet Faqeh yang dibawa oleh Imam Al Khomeini , pemimpin Besar Revolusi Iran. Sebenarnya, gagasan Vilayet il Faqeh bukan suatu yang tradisi dalam ajaran Syiah yang menjadikan Imam sebagai suatu puncak rujukan tertinggi ( Marjaa taqlid) dalam mazhab Syiah. Vilayet il Faqeh adalah idea yang digarap oleh Imam Khomeini untuk menyesuaikan Republik ISLAM Iran dengan sistem pemerintahan Moden yang menggunakan Model Republik seperti mana yang dipakai oleh USA, Perancis dan Russia. Garapan Idea Khomeini ini menjadi dasar kepada pembentukan Republik ISLAM Iran (IRI). Hal ini boleh dilihat apabila ia turut dikritik oleh Abol Hassan bani Sadr, Presiden IRI yang pertama selepas Revolusi, yang mengatakan ia adalah suatu ideologi yang digunakan atas dasar agama untuk melibatkan ulama dalam Penguasaan Politik semasa.

Kesimpulan mudah, idea Khomeini vilayet il faqeh adalah garapan yang datang dari Sunni yang telah lama wujud dalam tradisi Sunni melalui sistem Syura yang mempunyai ahli ahli berkaliber dan diiktiraf yang dikenali sebagai Ahli hilli wal Aqdi ( pakar yang Menghurai dan Memutuskan). Apa yang PAS buat dalam Kepimpinan Ulama adalah tradisi ISLAM yang mengikut Ahlu Sunnah yang boleh dilihat perbandingan ini semasa kepimpinan Saidina Umar Al Khattab yang melantik enam Orang di Kalangan Sahabat sebagai ahli majlis Mesyuarat tertinggi kerajaan ISLAM ketika itu.

Penutup :

Sebenarnya ada beberapa lagi isu yang ditimbulkan oleh Tareq Suwaidan seperti kepimpinan wanita dan liberalisasi dalam Politik ISLAM. Namun, pada saya isu tersebut sudah dijawab dengan Mapan oleh TG Presiden dalam Penggulungan Muktamar PAS baru baru ini. Isu kepimpinan yang melibatkan Amanah besar bukan boleh dinilai dengan mudah oleh seorang lulusan Petroleum, ia harus digarap dan dianalisis secara dalam melalui dalil dalil dari Quran dan hadis, bukan hanya bersandarkan kepada seorang Arab yang berjubah dan berserban yang senang senang dilantik Ulama oleh sekumpulan mereka yang agak terdesak untuk merubah kepimpinan PAS kepada Liberal Progresif yang dicadangkan oleh Pemimpin DAP serawak. Moga, tulisan ini dapat merungkai dan memberi pencerahan kepada kekeliruan yang sengaja diimport ke Malaysia oleh mereka yang terdesak memburukkan kepimpinan Ulama PAS yang telah menampilkan TG Yusuf Rawa, TG Fadhil Noor dan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan TG Hj Abdul Hadi Awang. Amat pelik jika akhir kesimpulan kita menjelang 2015 ini, kita boleh mengatakan bahawa Pimpinan Pimpinan PAS ini adalah pengikut Idea idea Syiah. Sedangkan selepas 30 tahun kita sudah bersama Kepimpinan Ulama dan Ulama memimpin Ummah dan perubahan!!!

Ahmad Hakimi Othman

NKP Kuala Selangor.

21 Oktober 2014

26 Zulhijjah 143

Arak dan Wanita dalam Pesta Arak: aktiviti purba dan primitif sejak dulu

ARAK dan WANITA berpisah tiada. Itulah pemikiran DAP, PKR dan BN-UMNO. Wanita menjadi manusia kelas bawahan bagi mereka. PAS menentang Pesta Arak yang dibuat secara terbuka. Kalau nak minum arak di Kelantan, masih boleh, dan tidak diharamkan kepada bukan Islam. Tetapi minum arak dalam kawasan tertutup, dalam kedai atau di rumah masing-masing. Kalau mabuk, anda mabuk di dalam.

Pernah seorang wanita Cina di Kelantan bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz menyatakan terima kasih kerana mendidik rakyat mengenai arak. Wanita itu kata suaminya dulu selalu balik lewat malam dan mabuk. Sekarang suami beliau tidak lagi balik lewat malam dan tidak lagi mabuk. Kalau dia balik lewat malam, dia bawa balik limau dan kueh.

Itulah kemuliaan yang PAS beri pada wanita dan kaum ibu dengan melarang rakyat mabuk.arak dan wanita

Tariq Suwaidan: jurutera petroleum yang digelar ulamak dan Ikhwan Muslimin

Tariq Suwaidan bukan seorang ulamak. Beliau hanyalah seorang jurutera petroleum. Beliau dibesarkan di Amerika sejak di sekolah menengah lagi. Belia mempunyai kad pengenalan penduduk tetap Amerika. Beliau anggap dirinya sebagai Islam Moderate. Pandangan beliau iaitu ulamak tidak boleh dilantik sebagai ketua atau pimpinan dalam kerajaan kononnya adalah dari ajaran Syiah amat SESAT. Tariq Suwaidan menghina Nabi sebagai ulamak dan pemimpin masyarakat. 4 Khalifatul Rasul yang pertama adalah ulamak dan umarak. Banyak lagi Khalfah dalam Islam adalah ulamak yg menjadi ketua dan pemipin dalam masyarakat. Pandangan beliau tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunnah tetapi akal dan nafsu Islam Moderate yang menyeleweng.

Tariq Suwaidan membawa pemikiran sekular, memisah agama dan urusan negara. Pemikiran ini sama dengan BN, DAP, dan PKR iaitu memisahkan agama dari politik. Kalau ikut fatwa As Syeikh Mustafa Sobri di zaman Khalifah Uthmaniah, jalan paling dekat untuk jadi murtad ialah memisah agama dan urusan negara. Tariq Suwaidan aalah penyokong Bush semasa Amerika membunuh rakyat Iraq dan memusnahkan Iraq dalam Gulf War 1991. Beliau telah dipulaukan selepas itu hampir 10 tahun kerana kenyataan bodoh beliau yang menyokong Bush membunuh umat Islam di Iraq.

Pemikiran Tariq Suwaidan adalah pemikiran sekularis. Hanya sekularis akan menyokong sekularis. Begitulah bahayanya pemikiran Islam Moderate. DAP, PKR dan BN adalah sekularis. Beliau dibawa ke Malaysia oleh IIIT dan Abrar Group dengan kerjasama IKRAM (pecahan JIM) untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim setelah kredibiliti Anwar tercalar akibat gagal dalam Kajang Move, dalam meletakkan DSWA sebagai Menteri Besar Selangor, dan apabila TG Presiden PAS dilantik menjadi Timbalan kepada Prof Dr Yusuf Qardawi. Harapan mereka, dengan hadirnya Arab Kuwait berjubah dan berserban serta berjanggut ini, mereka akan dapat memulihkan semangat orang-orang Anwariyun dalam PKR, PAS, dan IKRAM serta memberi momentum baru kepada Anwar dan penyokongnya untuk bersatu dalam menghadapi keputusan mahkamah akhir Oktober ini.

 

Kalau ada hukum hudud di Malaysia, kes tuduhan liwat yang tidak jelas akan dibuang ke dalam tong sampah

malaysiakini-mkini-anwar-pakatan-pas-dap-tolak-hudud-islam-quran-hukum

KALAU hukum hudud di laksanakan di Malaysia, Anwar akan terlepas dan terbela dari fitnah. Menurut ramai peguam, termasuk mendiang Karpal Singh, kes tuduhan liwat ke atas Anwar penuh dengan “inconsistency and unreliable evidences and many fallacies in arguments”.

Kalau Anwar dibicarakan dalam mahkamah ketika hukum hudud sudah ada dalam negara, kes seperti ini dianggap tidak meyakinkan dan boleh dihalau keluar dari mahkamah. Malah orang yang membuat tuduhan pula yang boleh disebat dengan 80 rotan. Dalam kes ini Sayfool boleh dihukum, dan orang2 yang menipu dan mencipta bukti tiruan termasuk doktor dan pegawai kerajaan lain juga boleh kena hukum hudud atau hukum takzir.

Tapi sayang, Anwar dan PKR dan DAP tak sokong pembentangan hudud di Parlimen yang PAS usahakan ……tak ada rezki nampaknya. Tunggu ajalah keputusan mahkamah akhir bulan ini. Semoga Allah kurnia kesabaran kepadanya dan keluarganya.

(PS: Rasa-rasanya..teori X kata Anwar akan terlepas dari hukuman sebab Najib sedang ditekan oleh USA,…isu TPPA, MH370, hutang RM600 billon, kes Altantuya, kes Scorpene, dll. Tapi Tun M mahu Anwar dipenjara juga agaknya, Kalau Anwr terlepas hukuman ini, eloklah bersara, jadilah pensyarah di universiti di seluruh dunia kalau tak tak mahu jadi seperti Tan Sri Lee Lam Thye, bekas ahli politik DAP, yang bersara lebih 20 tahun dan terus berbakti kepada masayarakt yang tercinta. Jangan ikut contoh Neslon Mandela atau Tun M. wallahualam)

Bhg 2: IIIUM, Abrar Group, IIIT, Saar Foundation dan Anwar: Apa yang anda tahu?

Rencana ini merupakan suntingan semula dari kompilasi rencana dari pelbagai sumber yang diterbitkan oleh bigdogdotcom.wordpress.com yang menyentuh mengenai sejarah penglibatan Anwar dengan WAMY, IIIT, kaitannya dengan The King Faisal Foundation, SAAR Foundation serta di sebalik tabir penubuhan syarikat perniagaan Anwar di AS.

Semoga rencana ini memberi manfaat kepada saudara sekalian – AIDC

Anwar Ibrahim adalah tokoh terkemuka dalam kumpulan -kumpulan rangkaian Islam (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian besar universiti-universiti yang dibiayai oleh penaja-penaja dari Arab Saudi.

Kumpulan-kumpulan Islam ini dikawal oleh rangkaian pasukan tertua dalam gerakan Kebangkitan Islam dari tahun 1970-an dan 1980-an.

Sesetengah sekutu tertuanya di Malaysia, termasuk Abdul Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman, telah terlibat dengan rangkaian ini, ketika masih menuntut di AS.

Selepas pembebasannya dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Anwar telah menggunakan ‘rangkaian Amerikanya’ itu untuk membantunya semula dalam pembinaan karier dan kewangannya.

triple itBermula Di IIIT, Herndon, Virginia

IIIT (The International Institute for Islamic Thought), berpengkalan di Herndon Virginia, ditubuhkan pada tahun 1980 oleh Anwar Ibrahim dan Ismail Faruqi, dua pengasas WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi.

Mentor Anwar, Ismail R. Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania, AS.

 

Dalam Foto: Jamal Barzinji, Abdullah Gul (Presiden Turki), Dr Hisham Al Talib dan Yakub Mirza

IIIT ditaja oleh The SAAR Foundation (SAAR), yang menerima berbilion-bilion dolar dari keluarga al Rajhi banking Arab Saudi, dan beberapa yayasan kebajikan Saudi lain yang telah membiayai kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam keganasan.

SAAR kini tidak lagi beroperasi, tetapi masih aktif dalam pengurusan perniagaan untuk menjana kewangan. SAAR masih aktif lagi menaja operasi IIIT.

Operasi IIIT pernah disiasat oleh badan-badan penguatkuasaan undang-undang persekutuan AS sejak lewat tahun 1990-an kerana disyaki menaja organisasi-organisasi pengganas, termasuk Hamas, al Qaeda dan Palestin Jihad Islam.

IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world view).

Anwar secara aktif mempromosi konsep ini, satu perjuangan untuk memenangi penajaan dana dari Arab Saudi, di institusi-institusi yang menawarkannya sebagai profesor pelawat yang berprestij.

Anwar berdiri teguh di belakang aktiviti-aktiviti IIIT sejak organisasi itu ditubuhkan hingga kini. Beliau telah menerima sokongan politik dan kewangan dari IIIT sejak dijatuhi hukuman bersalah pada tahun 1998.

Malah selepas dibebaskan dari penjara, beliau membuka syarikatnya (di AS) dengan hubungan perniagaan berkait rapat dengan tokoh-tokoh SAAR dan IIIT.

Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar dan Abdul Rahim Ghouse, penyokong utama politik Anwar.

Setelah dibebaskan dari penjara, beliau menubuhkan syarikat perniagaannya, ‘Anwar Ibrahim Associates’ , di AS, beralamat  di  Herndon, Virginia, sekelompok rumah-rumah yang dimiliki oleh pengasas-pengasas dan pengarah-pengarah  SAAR/IIIT.

Menurut rekod umum, anak-anak Anwar telah menggunakan salah satu rumah daripada sekelompok rumah kepunyaan SAAR sebagai tempat kediamannya.

Barzinji pernah menjadi seorang pegawai bank yang berpengkalan di Malaysia (Bank Islam) dan syarikat-syarikat pelaburan yang dimiliki oleh SAAR serta penyumbang-penyumbang dana Arab Saudi yang telah melakukan perniagaan dengan Menteri Kewangan ketika Anwar memegang jawatan tersebut.

Anak saudara kepada Dr. Barzinji, Omar Barzinji, dipertanggungjawabkan mengurus syarikat perniagaan Anwar di AS, Anwar Ibrahim Associates, sebagai Pengarah Urusan (CEO).

Ringkasnya, kenalan utama Anwar di AS, adalah sekumpulan individu dan institusi yang telah disiasat oleh badan perisikan AS dan institusi penguatkuasa undang-undang selama bertahun-tahun ekoran hubungan rapatnya dengan kumpulan pengganas dan gerakan radikal Islam.

Abrar, Abdul Rahim Ghouse & Yassin Qadi

Syarikat Abrar di Malaysia, diasaskan oleh ahli perniagaan Saudi, Yassin Qadi dan Abdul Rahim Ghouse, telah menjadi subjek dari tiga penyiasatan jenayah AS (US criminal investigations), satu pendakwaan AS, dan penyiasatan berkenaan dengan penipuan (fraud) di Australia.

Abrar ketika ini didakwa di pusat pendakwaan jenayah AS di Boston. Jabatan Kehakiman AS mencatatkan bahawa empat syarikat Malaysia yang digunakan dalam skim untuk menyembunyikan aset-aset Specially Designated Terrorist (SDT) Yassin Qadi, Arab Saudi.

Malaysia telah memberikan maklumat kepada AS yang menunjukkan bahawa syarikat-syarikat itu dimiliki atau dikawal oleh Al Qadi.

Cawangan Abrar di AS telah menaja satu syarikat di Chicago, Global Chemical, yang dijalankan oleh seorang yang disyaki operatif Hamas yang pada tahun 1998 telah didapati bersalah dalam kes penipuan dan menyembunyi sumber wang secara haram.

Kunci Abrar Malaysia, Abdul Rahim Ghouse, dikenal pasti oleh penguatkuasaan undang-undang AS sebagai mahasiswa di Illinois pada 1986-1987, beliau memimpin Malaysia Islamic Study Group (MISG), sebuah organisasi Muslim Brotherhood.

Beliau tercatat dalam direktori 1992 sebagai ahli Muslim Brotherhood berpengkalan di AS, diperkenalkan dalam pameran tahun lalu dalam sidang jenayah (a criminal trial) di Texas. Kemudian, Ghouse mengetuai Free Anwar Campaign (FAC).

Anak Rahim Ghouse juga telah menerima lebih daripada $ 200,000 daripada IIIT.

Ketika Abrar secara umumnya dianggap sebagai sebuah syarikat Malaysia, sebenarnya syarikat itu merupakan rangkaian syarikat-syarikat global.

Dalam kenyataan rahsia kepada AS, Al Qadi mengatakan bahawa terdapat juga Abrar di Arab Saudi :

“Berkaitan dengan perkara ini, saya (Al Qadi) terlibat dalam usaha perniagaan kecil dengan Waa’el Julaidan dan ahli-ahli dari keluarganya lain. Saya adalah pemegang saham dan pengarah Abrar, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Arab Saudi, bertujuan untuk menjalankan perniagaan dalam industri perjalanan dan pelancongan. Wa’el Julaidan tidak pernah menjadi pengarah syarikat ini, walaupun beliau adalah pemegang saham minoriti di dalam syarikat ini. Abrar Arab Saudi ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan di sektor perjalanan dan pelancongan, khusus kepada peziarah Muslim, semasa musim haji, yang diadakan setiap tahun, dan untuk umrah”

Wael Julaidan adalah pengganas yang berkaitan dengan Osama bin Laden.

Dalam kenyataan kepada Jabatan Kewangan AS, Al Qadi tidak pernah menyebut bahawa salah satu pegawai Abrar adalah Tarek Suwaidan, rakyat Kuwait, individu yang di bawah pengawasan penguatkuasaan undang-undang AS.

Dalam resumenya (CV) sendiri, Suwaidan menyatakan bahawa beliau adalah : “Ahli Lembaga Pengarah, Abrar Investment Group – Malaysia, 1992-1996″.

Dalam persidangan jenayah 2007 United States of America vs. Holy Land Foundation for Relief & Development, Suwaidan dinamakan oleh Jabatan Kehakiman sebagai “unindicted co-conspirator” (seseorang yang telah dikenal pasti terlibat dalam konspirasi tetapi tidak didakwa) dalam pembiayaan keganasan.

Seperti yang sudah diketahui umum, Abrar mendapat manfaat dari penswastaan di bawah Anwar Ibrahim, khususnya projek Express Rail.

Youssef Nada pernah memberitahu bahawa Anwar membantu Abrar dalam memperolehi lesen perniagaan.

Anwar Dibantu The King Faisal Foundation Sejak Lewat 60-an

Menurut dokumen penguatkuasaan undang-undang dan penyelidikan akademik, Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis muda Islamik, buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk dalam (organisasi ditaja) The King Faisal Foundation atau The Faisal Foundation.

Kumpulan ini telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’(Persaudaraan Islam) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh dunia untuk kebangkitan Islam.

Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The Faisal Foundation.

Totonji adalah pegawai WAMY (World Assembly of Muslim Youth), organisasi baru yang dibentuk oleh yayasan Saudi; Bosnya, Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman, Setiausaha Pertama WAMY, berfungsi membantu penajaan untuk mengeksport Islam fundamentalis.

Satu dekad kemudian, Anwar bersama dua tokoh (di atas) menjadi pengasas IIIT, satu entiti yang bertujuan untuk memberikan asas intelektual kepada gerakan Islam di Barat.

Pada tahun 1999, Anwar dari penjara menulis surat kepada Abu Sulayman, beliau mengimbau ‘hari-hari pembentukan’ (formative days) mereka di Arab Saudi :

Dalam bersendirian yang tenang di penjara, saya mampu mengingatkan kembali kenangan lama secara jelas tentang mesyuarat di Riyadh bermula lebih daripada 20 tahun yang lampau.

Walaupun kita sama-sama berkongsi idea, kita selalu terlibat dalam debat-debat yang panas tentang isu ‘wasilah‘ (kaedah reformasi) dan ‘fiqh awlawiyyat‘ (urutan keutamaan).

(Terasa) aneh kepada saya menyertai retorik Arab yang keras, saya telah memaksa diri saya menyesuaikan diri dengan sikap pendiam saya – dengan kata lain, kemelayuan saya – hanya boleh menjadi pendengar. Namun, setiap kali, debat panas, hanya diplomatik misteri dari Dr. Ahmad Totonji yang membawa damai untuk menamatkan debat kami”.

Totonji, seorang jurutera petroleum, belajar di AS pada tahun 1960-an, merupakan individu yang terlibat membantu menubuhkan organisasi pelajar Islam, Muslim Student Association (MSA).

MSA ditubuhkan di Universiti Illinois, Champaign Urbana, menjadi organisasi asas, mengembangkan lebih banyak lagi kebangkitan politik Islam.

Totonji adalah penceramah jemputan Persidangan ABIM di Malaysia pada tahun 2006 atau 2005. Sebahagian dari ceramahnya telah diterjemah oleh sumber rahsia, memberikan doktrin pemikiran Totonji berkenaan penubuhan ABIM, dan modus operandinya adalah sambungan daripada penubuhan WAMY dan IIIT. Totonji berkata:

“Al Quran telah mengajar bahawa orang-orang bukan Islam semuanya harus digolongkan bersama, dan kita umat Islam juga harus bersama-sama dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk kemajuan semua umat manusia, untuk mengelakkan kerosakan dan kejahatan. Kita telah mengubah dunia.

“Pertama kali saya datang ke Malaysia pada tahun 1970 dan disambut oleh Anwar Ibrahim. Hari ini, saya berbangga melihat di mana-mana wanita-wanita Malaysia memakai tudung. Kita telah membuat dunia Islam menjadi lebih baik… Setiap negara di dunia ini terdapat Renaissance Muslim; Namun, terdapat keperluan tindakan bersama di antara Muslim kebangkitan yang lebih besar. Kita harus bergabung dengan semua orang-orang yang sealiran”.

Dari IIIT Kepada CMCU

Sebelum penubuhan IIIT, Abu Sulayman menubuhkan organisasi pelopor pada tahun 1972, ketika beliau pelajar PhD di Universiti Pennsylvania, bergabung dengan Ismail Raji al-Faruqi menubuhkanthe Association of Muslim Social Scientists (AMSS), satu kumpulan yang kerajaan AS dijelaskan dalam prosiding mahkamah sebagai organisasi Muslim Brotherhood.

Faruqi, berasal dari Palestin, adalah pensyarah karismatik di Indiana dan Harvard yang menjadiprofesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania telah berjaya menarik pengikutnya di kalangan pelajar-pelajar pasca-siswazah terutamanya selepas revolusi Iran yang melahirkan minat baru terhadap kajian Islam.

Profesor Universiti Temple itu menjadi mentor kepada Anwar Ibrahim dan ramai di kalangan mereka yang hari ini menjadi peyokong dan mempromosi Anwar di seluruh dunia.

Faruqi dan Anwar dibangunkan melalui yayasan-yayasan amal Arab Saudi pada tahun 1970-an.

Di antara pengikut Faruqi yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.

Esposito telah melakukan disertasi (tesis) berkaitan dengan Undang-undang Keluarga Islam di bawah penyeliaan, Dr Faruqi pada tahun 1974 (di Universiti Temple), walaupun dalam laman biografinya profesor Georgetown itu tidak menyebut hubungannya dengan Faruqi.

Esposito adalah profesor hubungan antarabangsa dan agama di Universiti Georgetown merupakan watak utama dalam pencari dana Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown yang ditubuhkan pada tahun 1993.

Di bawah arahannya, CMCU telah menerima dana 20 juta dolar daripada Prince Alwaleed Bin Talal Foundation pada tahun 2005, tidak lama selepas Anwar diterima sebagai Profesor Pelawat di pusat itu.

Pengarah Eksekutif Foundation Putera Alwaleed Talal yang mengawasi pemberian dana itu adalahMuna Abu Sulayman, anak kepada pengasas IIIT, Abdul Hamid Abu Sulayman yang menghabiskan 10 tahun bekerja dengan Anwar di Malaysia sebagai rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Faruqi menganjurkan “Islamisasi pengetahuan,” idea yang menyuntik sudut pandang Islam ke dalam undang-undang, ilmu sosial dan semua bidang kajian yang lain. Ini adalah idea radikal yang diikuti oleh para pemikir Muslim, tetapi telah mula diberi sedikit perhatian di Barat

“Frasa ini boleh menjadi samar-samar (eufemisme) ketika menulis semula sejarah untuk menyokong kisah Islam .. Contohnya, selepas Islamisasi tersebut, Sepanyol secara kekal dilabel semula sebagai “Al-Andalus” (seperti yang disebut semasa pemerintahan Muslim) dan negara menjadi milik umat Islam yang sah. ”

Faruqi adalah seorang Palestin yang melarikan diri ke Amerika Syarikat pada tahun 1948. Dia menghabiskan masa di Mesir (di Al Azhar) dan Pakistan (Lembaga Penyelidikan Islam, di Karachi), kemudian kembali semula ke Amerika Syarikat untuk meneruskan karier akademiknya.

Anwar Dari Kaca Mata Esposito

Menurut biografi Anwar yang ditulis oleh Esposito, berjudul “Renaissance Man,” Anwar mendapat inspirasi daripada revolusi mahasiswa Iran (Iranian student revolution) dan merupakan salah seorang Muslim negara asing yang pertama melawat negara itu (Iran) selepas pasca-revolusi.

Di kalangan tokoh yang Esposito senaraikan, Faruqi dan beberapa orang tokoh Muslim Brotherhoodadalah individu yang mempengaruhi pemikiran Anwar :

“Seperti kebanyakan aktivis Islam, Anwar dan pimpinan ABIM dipengaruhi oleh tulisan-tulisan pengasas utama gerakan pembaharuan Islam antarabangsa abad ke-20 khususnya Hasan al-Banna, Sayyed Qutb dan Abu al Ala Mawdudi. Secara khusus, mereka menganut kepercayaan bahawa Islam adalah satu sistem yang lengkap (way of life), satu konsep yang merupakan teras dalam aktivis Islam memahami Islam. Dia (Anwar) juga terpengaruh dengan tokoh-tokoh lain yang menjadi kenalan peribadinya, di antara mereka adalah pakar Malaysia terkemuka, Naquib al-Attas dan Ismail Ragi al-Faruqi dari Universiti Temple, Philadelphia, dan Shaykh Yusuf al-Qaradawi dari Mesir.”

Kunci hubungan Anwar terbentuk sekitar tahun 1976-1982, menurut Esposito, apabila Anwar dilantik menjadi Perwakilan WAMY untuk Asia Tenggara.

Kesetiaan seumur hidupnya kepada kumpulan pemuda (WAMY) yang ditaja oleh Saudi itu telah dilabel sebagai penaja kewangan teroris oleh AS pada tahun 2005.

Pada Persidangan Antarabangsa WAMY ke-7 pada tahun 1993, dia (Anwar) telah memberi ucapan yang penuh bersemangat dalam ucapan pembukaan persidangan tersebut, yang menyimpulkan:

“Saya begitu dramatik dan terlebih-lebih, sebab saya fikir ini (WAMY) adalah organisasi saya, sebab saya telah melihat semua teman-teman lama saya (di sini). Saya telah terlupa bahawa orang lain telah mengambil alih organisasi ini daripada kami. Sebagai ahli yang lebih lama, anda tahu, WAMY adalah organisasi saya”.

Pasca Penjara : Mesyuarat Kumpulan Perancangan

Selama lebih dari dua minggu di Arab Saudi pada Oktober 2004, Anwar bertemu dengan ahli keluarga diraja kerajaan, beberapa pakar Islam, dan teman-teman dan rakan yang sama-sama terlibat dalam gerakan kebangkitan Islam yang disokong Saudi pada tahun 1970-an.

Individu yang terlibat dengan pertemuan ini mengatakan bahawa para penyokong-penyokong Anwar di Arab Saudi pada suatu ketika dahulu prihatin kini menjadi kurang bersemangat, tetapi perkara ini akan dapat diatasi dengan segera.

Satu ‘Kumpulan Perancangan’ telah duduk bersama Anwar dalam beberapa sesi mesyuarat. (Kumpulan ini termasuk dua individu bukan Saudi, yang digambarkan oleh salah satu sumber sebagai ‘perunding politik Amerika’ –American political consultants dan beberapa individu lain yang dikenali sebagai ‘orang-orang pemasaran’ -marketing people)

Memandangkan keterbatasan aktiviti politik Anwar di Malaysia, maka diputuskan dalam mesyuarat itu bahawa Anwar memerlukan masa untuk “dipulihkan semula” di luar Malaysia.

Proses pemulihan semula itu akan digunakan untuk membina semula jaringan hubungan peribadi yang telah dibina sebelum ini, mengumpul dana dan membina kepercayaan sebagai seorang reformis, seorang Muslim moderat, dan seorang pemimpin yang diperlukan Barat untuk bekerjasama.

Pelaksanaan perancangan itu dilakukan dengan pantas dengan meletakkan kedudukan jangka pendek Anwar di Universiti Oxford, Universiti Johns Hopkins dan Universiti Georgetown.

Putera Turki mempunyai hubungan rapat dengan kedua universiti itu. Oxford telah menerima lebih daripada 24 million pounds manakala Georgetown menerima lebih daripada $20 million dolar sumbangan daripada Saudi.

Putera Turki adalah seorang pegawai kanan the King Faisal Foundation dan sekarang menjadi Pengerusi the King Faisal Center for Research and Islamic Studies.

The Faisal Foundation merupakan yayasan yang menaja Anwar semasa tahun 1970-an, ketika beliau melaksanakan projek kebangkitan Islam di kalangan pelajar. Pada waktu itu, Anwar pernah bertemu dengan Putera Mohammed Al-Faisal Al-Saud, keluarga Diraja Saudi yang dikenalpasti rapat denganthe Muslim Brotherhood.

Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaliegh Hamzah dalam Malaysian Business, 1 September 2005, telah menyatakan bahawa:

“Suatu ketika pada pertengahan tahun 1970-an, ketika saya masih pengerusi Islamic Development Bank di Jeddah, saya telah bertemu Putera Mohammed Al Faisal yang ketika itu melaksanakan al-Faisal Foundation. Dia bertanya saya adakah saya pernah mendengar tentang seorang lelaki muda yang bernama Anwar Ibrahim. Dia mahukan pandangan saya tentang Anwar, dan jika saya berkata okay, yayasannya akan membantu pemuda itu (Anwar) dan aktiviti-aktivitinya. “

Mohammed Al-Faisal dianggap sebagai bapa (father) kepada perbankan Islam, dan meminjamkan namanya untuk salah satu bank yang paling awal, Faisal Islamic Bank, di Mesir.

Beliau sangat rapat dengan pemimpin Muslim Brotherhood Mesir, Youssef Nada yang juga menubuhkan Faisal Finance di Switzerland, iaitu badan kewangan yang merupakan subjek utama dalam rangkaian jalan panjang siasatan keganasan.

Anwar : Naungan Putera Nayef, Putera Turki & Banker Saleh Kamel

Kekuatan rangkaian kewangan Anwar Ibrahim berasaskan hubungan politik dan perniagaan yang cemerlang kerajaan Arab Saudi. Memang sudah diketahui, Anwar mempunyai hubungan yang baik dan lama dengan Saudi, terutamanya aspek hubungan yang tidak diketahui umum.

Mungkin yang paling penting dan kurang diketahui umum adalah peranan penting yang dimainkan oleh Saudi dalam membantu Anwar mengembalikan kekuatannya selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Ketua penaung Anwar dalam keluarga Diraja Saudi adalah Putera Nayef, dari Kementerian Dalam Negeri dan Putera Turki, bekas ketua perisikan dan duta ke Washington.

Kedua-dua mereka komited dalam strategi jangka panjang Saudi untuk mencari dan menyebarkan pengaruh di dunia Muslim dengan sokongan “politik Islam” seperti Parti AKP di Turki dan PKR, di Malaysia.

Naungan keluarga Diraja Saudi, bersama-sama dengan banker Saudi, Saleh Kamel (Shaikh Saleh Abdullah Kamel, Al Baraka Banking Group), telah melakukan beberapa langkah untuk membantu Anwar selepas dibebaskan dari penjara dengan membangunkan semula karier politik di persada antarabangsa dan memberikannya sumber-sumber pendapatan.

Hari ini, Putera Turki adalah individu yang dipertanggungjawabkan menjalinkan hubungan dengan Anwar, dan telah mengadakan beberapa kali mesyuarat setiap tahun sejak dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.

Pada bulan Jun 2005, the King Faisal Foundation telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pembinaan dari Malaysia, Ahmad Zaki Resources Bhd untuk membina Universiti Al-Faisaliah di Saudi.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa kontrak itu bernilai sekitar 400 juta riyal Saudi (sekitar 100 juta USD). Kesepakatan itu diberitahu kepada umum sebagai projek yang tidak berkaitan dengan Anwar, namun eksekutif tertentu telah memberitahu secara peribadi bahawa Anwar telah “memberikan mereka bantuan” dalam pertukaran untuk masa depan “hubungan baik.” (Syarikat ini memenangi kontrak besar yang lain besar pada tahun 2009 dari Saudi Oger Group, yang juga diyakini mempunyai hubungan rapat dengan Anwar).

Hubungan Anwar dengan kerajaan Saudi dilaksanakan melalui lebih daripada satu saluran. Walaupun Putera Turki sentiasa mengawasi hubungan Anwar, namun Putera Nayef, yang berada di baris kedua takhta, juga membantu “sponsor” Anwar.

Namun, hubungan Anwar dan Saudi lebih luas dari spesifik link tersebut, dan termasuk pengurusan kewangan dengan para tokoh perbankan Islam yang ditaja oleh keluarga Diraja Saudi, seperti Saleh Kamel, yang merupakan tokoh paling penting dalam rangkaian kewangan Anwar di seluruh dunia sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pada tahun 2007, satu sumber menyebut, Putera Nayef gembira dengan promosi kepentingan Saudi yang telah dilakukan oleh Anwar dan beliau telah mengarahkan Saudi Arabian General Investment Authority (SAGIA) untuk memberikan kontrak kepada sebuah NGO berpengkalan di London yang dipanggil ‘AccountAbility’ selepas Anwar dipilih menjadi Presiden Kehormatnya.

AccountAbility, yang ditubuhkan oleh rakan Anwar iaitu bekas Naib Presiden AS, Al Gore, telah menerima kontrak yang cukup besar untuk menjalankan projek the Saudi Arabian Responsible Competitiveness Initiative antara tahun 2008 dan 2010.

Walaupun tidak diketahui umum, SAGIA adalah salah satu daripada syarikat yang paling penting di Arab Saudi yang berada di bawah kawalan peribadi Putera Nayef. Kontrak dengan AccountAbilitydikatakan bernilai ‘beberapa juta dolar,’ iaitu sekitar $ 10 juta.

Pada tahun 2008, Anwar dijemput sebagai penceramah International Knowledge Forum di Madinah yang ditaja SAGIA.

Satu sumber dari Asia yang mempunyai pengetahuan langsung dalam hal ini menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 10 kumpulan perniagaan di Asia telah menyewa khidmat Anwar dalam melobi projek pelaburan di Arab Saudi.

Sumber dari Arab Saudi menganggarkan pendapatan Anwar hasil dari hubungan rapatnya dengan Saudi di antara $ 1 juta hingga $ 4 juta setahun.

Syarikat Perniagaan Anwar di Amerika Syarikat

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar menubuhkan syarikat perniagaan komersial di Amerika Syarikat dan digabungkan tiga buah syarikat yang diarahkannya untuk mengendalikan jadual ceramah di peringkat antarabangsa, mesyuarat peribadinya dan pusat kempen parlimen Malaysia 2008.

Anwar Ibrahim & Associates (AI & A) digambarkan oleh bekas Pengarah Managing (CEO) sebagai “sebuah butik firma penasihat kewangan yang difokuskan pada penswastaan, penggabungan dan pengambilalihan yang besar dalam transaksi keselamatan antarabangsa dan inisiatif projek kewangan yang kompleks.”

Pada halaman MySpacenya, Anwar Ibrahim Consulting (AIC) mengatakan syarikat itu menawarkan “Nasihat Perkhidmatan Global Strategi & Kewangan.”

Bekas eksekutif Anwar Ibrahim & Associates (AI & A) adalah Mirza Z. Baig, yang juga terlibat denganAmana publishing dan entiti IIIT yang lain. Dalam resume (CV) Baig, beliau mendakwa telah bekerja dalam pelbagai siri rundingan untuk AI & A.

Sebelum terbentuk undang-undang khusus, Baig adalah Pengarah Managing AI & A, yang mengetuai pencarian peluang-peluang pelaburan di Turki dan Asia Selatan.

Baig meningkatkan rangkaian-rangkaian media, teknologi, perkhidmatan perniagaan dan komunitiPrivate Equity/ Venture Capital dalam lokasi daerah, vet dan penilaian peluang-peluang yang konsisten dalam profil risiko dan keuntungan AI & A.

Baig mengetuai peluang-peluang pelaburan termasuk menjadi penyelaras global untuk pembelian pelaburan AI & A, peranan penasihat untuk pengambilalihan $ 4 billion+ daripada pembekal telekomunikasi.

AI & A telah bertindak sebagai penasihat Saudi Oger Group pada tahun 2005 dalam pengambilalihan Turki Telekom.

Anwar adalah sahabat karib kepada Presiden Turki, Abdullah Gul dan juga rapat dengan Menteri Luar Negara, Ahmet Davutoglu, bekas profesor di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur pada awal tahun 1990-an.

Pada bulan September 2005, Anwar melawat Ankara dan bertemu dengan para pegawai atasan Turki. Penjualan Telekom kepada Saudi Oger Group selesai pada 14 November 2005.

Saudi Oger Group dikendalikan oleh keluarga Hariri yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Saudi.

Pada bulan April 2005, Anwar menubuhkan syarikat perniagaannya Anwar Ibrahim & Associates di Virginia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia.

Syarikat ini telah mengupah dua individu yang mempunyai hubungan dengan rangkaian IIIT yang berpengkalan di Herndon, Virginia dan alamatnya berkaitan dengan IIIT.

Sekitar 2 Mei 2005, Anwar berjaya mendapatkan nombor US Social Security di daerah Columbia. Ini bertepatan dengan jangka masa tempoh beliau menetap di Amerika Syarikat iaitu daripada April 2005 hingga Ogos 2007.

Penjelasan yang paling tepat berkenaan dengan keputusannya untuk mendapatkan nombor pengenalan AS (a US identification number) adalah kerana beliau menjangkakan akan menerima pendapatan yang besar selama tempoh itu di mana beliau akan diminta untuk membayar cukai pendapatan di AS.

Selama dua tahun tinggal di AS, Anwar menetap di 11920 Sugarland Road di Herndon, Virginia, tidak jauh dari rumah-rumah pemimpin-pemimpin Muslim Brotherhood lain yang merupakan sahabat-sahabat Anwar sejak dari tahun 1970-an.

Pada bulan Ogos 2005, seorang peguam di Richmond, Virginia, telah mendaftar dua lagi syarikat untuk Anwar iaitu ‘Anwar Ibrahim Consulting‘ dan Anwar Ibrahim Holdings.

Ketika pertama kali syarikat ditubuhkan, Anwar mengelilingi dunia, berceramah dan bermesyuarat kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan, NGO-NGO dan ahli-ahli perniagaan.

Kebanyakan dari penglibatannya dibayar, dan dokumen-dokumen menunjukkan pengurusan bayaran ditetapkan oleh AI & A.

Beliau meneruskan perjalanan ke Jerman, Arab Saudi, Malaysia, Australia dan United Kingdom sebelum tiba di AS untuk menjadi pensyarah pelawat di Johns Hopkins, School of Advanced International Studies (SAIS).

Alamat syarikat AI & A berkait rapat dengan rangkaian IIIT. Alamat syarikat terkini yang berdaftar dengan the state corporation commission adalah ’585 Grove Street, Herndon, iaitu alamat pejabat pelbagai rumah-rumah syarikat yang berkait dengan IIIT.

Pada awalnya, Anwar mendaftarkan syarikatnya beralamat di 11920 Sugarland Road, Herndon, iaitu alamat satu kelompok rumah-rumah yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin IIIT, termasuk Jamal Barzinji dari IIIT, Fakhri Barzinji (adik Jamal Barzinji) dan Omar Barzinji (anak Fakhri Barzinji).

Omar Barzinji, lulusan sekolah undang-undang, ketika ini tercatat di LinkedIn (Laman rangkain perniagaan) sebagai Managing Director, “Anwar Ibrahim & Associates.”

Dunn & Bradstreet (agensi maklumat dan kewangan) melaporkan bahawa Omar Barzinji pada tahun 2008 adalah Naib Presiden Amana Inc di Beltsville, Maryland, yang juga dikenali sebagai International Graphics Printing.

Omar Barzinji juga adalah sebagai Pengarah Amana pada tahun 2006 dan 2007. Amana adalah syarikat penerbitan besar milik IIIT yang ditubuhkan pada tahun 1982 oleh ayahnya, Fakhri Barzinji.

Menurut satu sumber rahsia, FBI telah menyiasat International Graphics Printing (Amana Inc) pada akhir tahun 1990-an setelah penerbitan buku-buku memuliakan keganasan di Tebing Barat diterbitkan oleh syarikat itu.

kecurigaan FBI berasaskan buku-buku itu dijual dengan kos murah bertujuan untuk pengumpulan dana yang hasilnya akan disalurkan kepada kumpulan-kumpulan pengganas.

Omar Barzinji, bersama-sama dengan ayahnya (Fakhri Barzinji) dan bapa saudaranya (Jamal Barzinji) , disenaraikan dalam buku telefon Yusef Nada.

Omar berkahwin dengan Sumaya Jaghlit, anak salah seorang tokoh IIIT, Mohammad Jaghlit.

Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, lulusan Universiti Georgetown, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.

Menurut sumber rahsia, baru-baru ini Fakhri Barzinji telah berpindah ke Turki.

Laman web AI & A turut mengandungi beberapa risalah-risalah dan poster-poster dari kempen pilihanraya 2008 Malaysia.

Kandungan dokumen-dokumen menunjukkan cadangan mereka untuk melakukan pre-production iaitu menghantar ke Amerika Syarikat terlebih dahulu untuk dinilai sebelum digunakan di Malaysia.

Rangkaian Antarabangsa Baru

Kumpulan Islamis Turki telah bekerja rapat dengan Kumpulan Islamis Malaysia untuk membina rangka baru NGO untuk mengembangkan Muslim Brotherhood.

Kewangan untuk rangkaian ini berasal dari Saudi.

Orgnisasi-organisasi NGO rangkaian utama adalah : Global Peace Mission, Union of NGOs of Islamic World (UNIW), Future Global Network, World Futures Online, GPTD (World Civilization Research Group), Center for Study of Islam & Democracy (CSID) dan Global Peace Mission

Future Global Network dan GPTD adalah organisasi Malaysia yang berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.

Kumpulan ini dikawal oleh oleh Muslim Brotherhood yang berpengkalan di Washington di bawah CSID.

Tujuan utama penubuhan kumpulan-kumpulan tersebut adalah untuk menyebarluaskan mesej Anwar bahawa Islam militan bukan merupakan ancaman kepada demokrasi.

Sumber: http://www.anwaraidc.com/?p=6345

Baca lagi di http://www.anwaraidc.com/?p=4139

Bhg 1: Abrar Group, IIIT, Saar Foundation dan Anwar: : Apa yang anda tahu?

ABRAR GROUP INTERNATIONAL SDN BHD mula ditubuhkan di Connecticut, Amerika Syarikat oleh Dr. Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman pada tahun 1990. Sebelum penubuhan ABRAR GROUP, syarikat ini beroperasi melalui ABRAR INVESTMENT, Inc.

Dr. Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman merupakan proksi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalankan urusniaga dengan Yassin al-Qadi, seorang usahawan Arab Saudi.
Pada tahun 1993, operasi syarikat ini berpindah ke Malaysia kerana siasatan FBI mendapati syarikat ini bekerjasama dengan pembiaya dana kepada Al-Qaeda iaitu Yassin Al-Qadi.

LATAR BELAKANG ABRAR GROUP SDN BHD

Syarikat ABRAR GROUP di Malaysia, diasaskan oleh ahli perniagaan Saudi, Yassin Al-Qadi dan Abdul Rahim Ghouse.

Mereka telah menjadi subjek dari tiga penyiasatan jenayah AS (US criminal investigations), satu pendakwaan AS, dan penyiasatan berkenaan dengan penipuan (fraud) di Australia.

ABRAR ketika ini didakwa di pusat pendakwaan jenayah AS di Boston. Jabatan Kehakiman AS mencatatkan bahawa empat syarikat Malaysia yang digunakan dalam skim untuk menyembunyikan aset-aset Specially Designated Terrorist (SDT) Yassin Qadi, Arab Saudi.

Malaysia telah memberikan maklumat kepada AS yang menunjukkan bahawa syarikat-syarikat itu dimiliki atau dikawal oleh Al Qadi.

Cawangan ABRAR di AS telah menaja satu syarikat di Chicago, Global Chemical, yang dijalankan oleh seorang disyaki operatif Hamas yang pada tahun 1998 telah didapati bersalah dalam kes penipuan dan menyembunyi sumber wang secara haram.

Kunci ABRAR Malaysia, Abdul Rahim Ghouse, dikenal pasti oleh penguatkuasaan undang-undang AS sebagai mahasiswa di Illinois pada 1986-1987, beliau memimpin Malaysia Islamic Study Group (MISG), sebuah organisasi Muslim Brotherhood.

Beliau tercatat dalam direktori 1992 sebagai ahli Muslim Brotherhood berpengkalan di AS, diperkenalkan dalam pameran tahun lalu dalam sidang jenayah (a criminal trial) di Texas. Kemudian, Ghouse mengetuai Free Anwar Campaign (FAC).

Anak Rahim Ghouse juga telah menerima lebih daripada $ 200,000 daripada IIIT.

Ketika ABRAR secara umumnya dianggap sebagai sebuah syarikat Malaysia, sebenarnya syarikat itu merupakan rangkaian syarikat-syarikat global.

Dalam kenyataan rahsia kepada AS, Al Qadi mengatakan bahawa terdapat juga Abrar di Arab Saudi :

“Berkaitan dengan perkara ini, saya (Al Qadi) terlibat dalam usaha perniagaan kecil dengan Waa’el Julaidan dan ahli-ahli dari keluarganya lain. Saya adalah pemegang saham dan Pengarah Abrar, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Arab Saudi, bertujuan untuk menjalankan perniagaan dalam industri perjalanan dan pelancongan. Wa’el Julaidan tidak pernah menjadi pengarah syarikat ini, walaupun beliau adalah pemegang saham minoriti di dalam syarikat ini. Abrar Arab Saudi ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan di sektor perjalanan dan pelancongan, khusus kepada penziarah Muslim, semasa musim haji, yang diadakan setiap tahun, dan untuk umrah”.

Wael Julaidan adalah pengganas yang berkaitan dengan Osama bin Laden.

Dalam kenyataan kepada Jabatan Kewangan AS, Al Qadi tidak pernah menyebut bahawa salah satu pegawai Abrar adalah Tarek Suwaidan, rakyat Kuwait, individu yang di bawah pengawasan penguatkuasaan undang-undang AS.

Dalam resumenya (CV) sendiri, Suwaidan menyatakan bahawa beliau adalah : “Ahli Lembaga Pengarah Abrar Investment Group – Malaysia, 1992-1996″.

Dalam persidangan jenayah 2007 United States of America vs. Holy Land Foundation for Relief & Development, Suwaidan dinamakan oleh Jabatan Kehakiman sebagai “unindicted co-conspirator” (seseorang yang telah dikenal pasti terlibat dalam konspirasi tetapi tidak didakwa) dalam pembiayaan keganasan.

Seperti yang sudah diketahui umum, Abrar mendapat manfaat dari penswastaan di bawah Anwar Ibrahim, khususnya projek Express Rail.

Youssef Nada pernah memberitahu bahawa Anwar membantu ABRAR dalam memperolehi lesen perniagaan.

YASSIN AL-QADI

Yassin Al-Qadi merupakan jutawan Arab Saudi. Pelabur utama di dalam syarikat komputer Ptech.

Al-Qadi telah bekerjasama dengan Yaqub Mirza, rakyat Pakistan, warganegara Amerika Syarikat yang dilantik Pengarah SAAR Network  berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat (badan ini menyalurkan duit kepada IIIT).

Mac 2002, badan ini telah diserbu kerana disyaki mempunyai hubungan dengan teroris.

Tidak lama selepas itu, secara rasminya Amerika Syarikat mengisytiharkan Yassin sebagai pembiaya pengganas.

rahim ghouseABDUL RAHIM GHOUSE

Rahim Ghouse adalah bekas Pengarah ABRAR GROUP sebelum dia
melarikan diri ke Indonesia sejurus selepas Anwar ditangkap. 

Ketika melarikan diri, Rahim Ghouse memegang jawatan Pengarah di 45 buah syarikat
atas “recommendation” dan kapasiti Anwar Ibrahim sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada ketika itu.

Kerana itulah dia melarikan diri,takut kesalahannya diketahui ketika Anwar ditangkap pada tahun 1998. Berikut  adalah di antara syarikat-syarikat di mana Rahim Ghouse menjadi Pengarah semasa Anwar ditangkap:-

Access Equity Sdn Bhd – Director
NBCT Rail Sdn Bhd  – Director
Sambungan Transit Antara Sdn Bhd – Director
Abrar Health Services Sdn Bhd – Director
Abrar Construction Sdn Bhd – Director
Abrar Corporate Resource Sdn Bhd – Director
Abrar Brokerage Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Infrastructure Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Financial Holdings (Overseas) Sdn Bhd -Director
Abrar Frontier Management Sdn Bhd – Director
Abrar Financial Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Development Ventures Sdn Bhd – Director
Abrar Technologies Sdn Bhd – Director
Abrar Corporation Berhad – Director
Abrar Group International – Director
Abrar-Kuwait Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Vision Sdn Bhd – Director
Benar Antara Sdn Bhd – Director
BA Engineering Sdn Bhd – Director
BPM International Sdn Bhd – Director
Science-Tech Solutions Sdn Bhd – Director
Nadi Puspa (M) Sdn Bhd – Director
I.I Management Consultancy Sdn Bhd – Director
Camery Deluxe Sdn Bhd – Director
A.G.I Nominees Sdn Bhd – Director
Chalpeak (M) Sdn Bhd -Director
Meteoric Ventures Sdn Bhd Director
Vital Accord Sdn Bhd Director
KFH Ijarah House (M) Sdn Bhd Director
Honan Plantations Sdn Bhd Director
Meadow Point Sdn Bhd Director
Accurate Networks & Systems Integration Berhad Director
Express Rail Link Sdn Bhd Director
North East Meridian Sdn Bhd Director
Mun Loong-Hankyu Jaya Director
Keltimber Sdn Bhd Director
Global Broadcast Networks Sdn Bhd Director
ICM Studies Sdn Bhd Director
GBN Equipment Sdn Bhd Director
ISR Consultant Sdn Bhd Director
Wisma Embun Sdn Bhd Director
Aktimas Veneer Sdn Bhd Director
Rampai Jalir Sdn Bhd Director
ISR Communications Sdn Bhd Director

Kini, Rahim Ghouse merupakan Pengurus Besar yang menjaga operasi Kerjasama Komuniti Muslim Australia. Beliau terlibat dalam komuniti ini sejak 2002 lagi.

Menurut komuniti ini, tugas Rahim Ghouse adalah membawa masuk rangkaian atau kenalan yang terlibat dalam pasaran modal antarabangsa.

Dr WAN HasniWAN HASNI WAN SULAIMAN

Latar belakang pendidikan

Dilahirkan pada tahun 1964 di Pasir Mas, Kelantan.

Mendapat pendidikan awal di Pasir Mas, kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Kuala Kangsar (MCKK) dari 1977 – 1981. Kemudian, memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Statistik dan Sains Aktuari di University of Iowa, Iowa City, Amerika Syarikat dari tahun 1982 – 1988.

Semasa Anwar Ibrahim melawat universiti tempat beliau belajar, ketika itu Anwar sebagai Menteri Pelajaran, Wan Hasni telah mengadakan mesyuarat peribadi bersama Anwar. Semenjak itulah, beliau menjadi penyokong Anwar. Beliau menukar subjek Kewangan semasa menyiapkan PhD di Sekolah Perniagaan, University of Iowa pada tahun 1993. Semasa PhD nya, beliau memulakan pembiaya dana simpanan seperti George Soros lakukan tetapi menggunakan kaedah kewangan Islam. Pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kelantan. Kemudian dipecat pada September 1998 ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

Latar belakang penglibatan dalam ABRAR GROUP

Wan Hasni Wan Sulaiman merupakan salah seorang pengasas dan Pengerusi Eksekutif ABRAR GROUP. Beliau mengasaskan ABRAR GROUP INTERNATIONAL iaitu kumpulan syarikat yang terlibat dalam kewangan Islam, pembangunan projek dan teknologi. hasil daripada pertemuan dengan  jutawan Arab iaitu Yassin Al-Qadi, beliau telah disokong oleh Yassin dan mendapat dana untuk melabur dalam saham berteknologi tinggi.

Beliau menjadi jutawan di Amerika Syarikat apabila menamatkan pengajiannya dalam Kewangan yang membawa gelaran Dr. Beliau kembali ke Malaysia dan menubuhkan ABRAR GROUP. Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, perniagaan utama ABRAR GROUP adalah dalam bidang pembinaan dan bukannya pembiaya kewangan.

Semasa Krisis Kewangan Asia, Wan Hasni dilihat sebagai kroni Anwar. ABRAR GROUP tidak menyelamatkan syarikat GLC seperti UEM (Time), MRCB, MAS dan INDAH WATER. Syarikat Kewangan ABRAR tidak dipilih sebagai salah satu bank utama dan bergabung dengan bank lain. Kini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Emirates House Group.

Sumber:  http://mymassa.blogspot.com/2012/02/bahagian-1-anwar-dan-proksinya-siasatan.html?m=1

Boleh baca lagi: