Tariq Suwaidan: jurutera petroleum yang digelar ulamak dan Ikhwan Muslimin

Tariq Suwaidan bukan seorang ulamak. Beliau hanyalah seorang jurutera petroleum. Beliau dibesarkan di Amerika sejak di sekolah menengah lagi. Belia mempunyai kad pengenalan penduduk tetap Amerika. Beliau anggap dirinya sebagai Islam Moderate. Pandangan beliau iaitu ulamak tidak boleh dilantik sebagai ketua atau pimpinan dalam kerajaan kononnya adalah dari ajaran Syiah amat SESAT. Tariq Suwaidan menghina Nabi sebagai ulamak dan pemimpin masyarakat. 4 Khalifatul Rasul yang pertama adalah ulamak dan umarak. Banyak lagi Khalfah dalam Islam adalah ulamak yg menjadi ketua dan pemipin dalam masyarakat. Pandangan beliau tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunnah tetapi akal dan nafsu Islam Moderate yang menyeleweng.

Tariq Suwaidan membawa pemikiran sekular, memisah agama dan urusan negara. Pemikiran ini sama dengan BN, DAP, dan PKR iaitu memisahkan agama dari politik. Kalau ikut fatwa As Syeikh Mustafa Sobri di zaman Khalifah Uthmaniah, jalan paling dekat untuk jadi murtad ialah memisah agama dan urusan negara. Tariq Suwaidan aalah penyokong Bush semasa Amerika membunuh rakyat Iraq dan memusnahkan Iraq dalam Gulf War 1991. Beliau telah dipulaukan selepas itu hampir 10 tahun kerana kenyataan bodoh beliau yang menyokong Bush membunuh umat Islam di Iraq.

Pemikiran Tariq Suwaidan adalah pemikiran sekularis. Hanya sekularis akan menyokong sekularis. Begitulah bahayanya pemikiran Islam Moderate. DAP, PKR dan BN adalah sekularis. Beliau dibawa ke Malaysia oleh IIIT dan Abrar Group dengan kerjasama IKRAM (pecahan JIM) untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim setelah kredibiliti Anwar tercalar akibat gagal dalam Kajang Move, dalam meletakkan DSWA sebagai Menteri Besar Selangor, dan apabila TG Presiden PAS dilantik menjadi Timbalan kepada Prof Dr Yusuf Qardawi. Harapan mereka, dengan hadirnya Arab Kuwait berjubah dan berserban serta berjanggut ini, mereka akan dapat memulihkan semangat orang-orang Anwariyun dalam PKR, PAS, dan IKRAM serta memberi momentum baru kepada Anwar dan penyokongnya untuk bersatu dalam menghadapi keputusan mahkamah akhir Oktober ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s