Pendirian TGHH betul dan tepat dalam 3 peristiwa besar sejarah politik tanahair

pendirian TGHH betul dan tepat

Musuh Islam dan musuh PAS memang tidak suka pada ulamak sebab ulamak adalah waris anbiya. Setelah TGHH dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Kesatuan Ulamak Dunia, semakin kuat serangan puak-puak sekularis dan Islam progresif ke atasnya. Pelbagai fitnah mereka lontar untuk membunuh karektornya, tapi TGHH tidak melayan serangan peribadi. Sebaliknya beliau serah pada Allah untuk balas serangan peribadi itu di akhirat kelak. Jom istiqamah bersama PAS. Tidak mungkin berkumpul ramainya ulamak dalam sesuatu organisasi Islam akan membawa kepada maksiat atau kemungkaran terhadap Allah SWT.

DAP boleh pilih nak jadi kafir apa: harbi, mu’ahad, zimmi, musta’man?

dap nangis

DAP sengaja cari pasal nak jadi hero orang Tionghua da pengundi Tionghua dengan cara tunjuk berani serang Islam, serang undang-undang Islam, dan serang ulamak Islam. Kita tahu tujuan mereka nak tunjuk belang pada MCA dan Gerakan bahawa DAP sahaja boleh jadi fighter untuk orang Cina di Malaysia, dengan harapan dalam PRU nanti, pengundi Cina akan undi DAP termasuk pengundi dari MCA dan Gerakan. Tapi tektik ini macam bermain dengan api, silap haribulan ia akan bawa huru hara dan rusuhan agama dan rusuhan kaum dalam negara.

DAP terutama golongan Evangelis Kristian dalam DAP perlu belajar hormati ugama orang lain. Walaupun Islam agama rasmi, Malaysia tak pernah halang penganut agama Buddha bina patung Buddha terbesar di Asia Tenggara di Kelantan, mahupun patung tuhan penganut Hindu terbesar dalam dunia di Batu Caves Gombak.

Kerajaan PAS Kelantan tak pernah haramkan babi dan arak di Kelantan hingga hari ini selepas PAS ambil alih Kelantan. PAS cuma haramkan judi dan pelacuran sebab dua benda ini bukan ajaran agama Buddha, Hindu, Kristian, atau Islam. Apa lagi DAP mahu?

RUU355 untuk orang Islam, di Kelantan sahaja, dan untuk Mahkamah syariah Islam, bukan untuk orang kafir, bukan di Pulau Pinang atau Sabah atau Sarawak, dan bukan untuk Mahkamah Sivil? Jadi kenapa DAP nak dengki, nak campur tangan urusan agama orang Islam? DAP dah jadi wakil Israel di Malaysia ke?

DAP takut digelar kafir harbi, padan muka

lge terkejut kafir harbi

Kadang-kadang nak gelak juga tengok DAP ..cakap deras dan celupar terhadap Islam. Bila Mufti Pahang kata DAP ada ciri-ciri KAFIR HARBI….kelamkabut dan nak terkencing LGE dan LKS….LKS nangis…takut hilang undi ke?

Yang jadi pendokong DAP dari macai2 pemakan dedak DAP ni panggil apa pula ya? Tak kan kafir harbi? Munafik? Fasiq? Pembelot? Anjing DAP? Penentang agama Islam atau apa?

Kerjasama PAS dengan DAP bukan sampai hari kiamat!

kronologi pas dap

Seerah Nabi Muhammad s.a.w. mengajar kita bekerjasama dengan bukan Islam selagi mana kerjasama itu menguntungkan Islam, jamaah dan ummah. Nabi kerjasama dengan Raja Habasyi atau Etophia yang berugama Kristian Ortodok, kerana Raja tersebut sedia memberi perlindungan kepada orang yang baru masuk Islam. Lalu Nabi arah generasi pertama yang masuk Islam hijrah ke Habasyah.
 
Nabi bekerjasama dengan seorang musryrik atau bukan Islam untuk menunjuk jalan ke Madinah semasa Nabi dan Syaidina Abu Bakar lari dari kafir Quraisy yang cuba membunuhnya di Mekah.
 
Nabi bekerjasama dengan kafir Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyyah agar umat Islam dapat menunaikan haji pada tahun berikutnya. Tetapi apabila kafir Quraisyh langgar perjanjian dan serang orang Islam, maka Nabi arahkan orang Islam bersiap sedia untuk berperang dengan kafir Quraisy.
 
PAS kerjasama dengan DAP selagi mana ia menguntungkan Islam, PAS dan ummah. Kalau kerjasama itu merugikan, maka bodoh dan beballah kalau terus tunduk kena buli, diperkuda oleh DAP, dan ikut cakap DAP. Itulah agaknya yang dikehendaki oleh khadam DAP dan macai-macainya. 

3 foto ini dijadikan fitnah oleh anjing PAN DAP kononnya PAS bersatu dengan UMNO

multaqa azhar

Musuh Islam dan musuh PAS sengaja putar (SPIN) semua berita yang ada foto Presiden PAS dan Najib kerana Najib PM dianggap sebagai manusia paling jahat pada pandangan PAN, DAP, dan PKR serta Mahathir. Mereka melihat Najib sebagai makhluk yang mesti diturunkan dari jawatan PM dan diganti dengan orang lain tanpa menunggu Pilihanraya Umum.

Cybertrooper atau mcacai-macai dan malaun PAN dan DAP terutamanya akan edar 3 foto kecil itu secara berulang-ulang, recycle 1000 kali pun tak mengapa untuk memmbuat FITNAH terhadap Ulamak No. 2 dalam dunia, Ulamak yang diiktiraf oleh Multaqa Alumni Universiti Al Azhar untuk membentangkan kertas Ucapatama. Dalam Multaqa ini, ratusan ilmuan  hadir mendengar Ucaptama bekas graduan Universiti Al Azhar iaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS (Master of Arts in Islamic Syariah).  Dalam ramai-ramai graduan Universiti Al Azhar dari Malaysia, Multaqa pilih TGHH Presiden PAS untuk memberi ucapatama. Ini yang membuatkan PAN dan DAP serta geng Anwariyun dalam PKR tidak senang hati. Maka anjing-anjing PAN dan DAP diarahkan untuk menyalak siang malam sambil menjulur lidah dengan air liur kerana mendapat dedak panas…..