Kerjasama PAS dengan DAP bukan sampai hari kiamat!

kronologi pas dap

Seerah Nabi Muhammad s.a.w. mengajar kita bekerjasama dengan bukan Islam selagi mana kerjasama itu menguntungkan Islam, jamaah dan ummah. Nabi kerjasama dengan Raja Habasyi atau Etophia yang berugama Kristian Ortodok, kerana Raja tersebut sedia memberi perlindungan kepada orang yang baru masuk Islam. Lalu Nabi arah generasi pertama yang masuk Islam hijrah ke Habasyah.
 
Nabi bekerjasama dengan seorang musryrik atau bukan Islam untuk menunjuk jalan ke Madinah semasa Nabi dan Syaidina Abu Bakar lari dari kafir Quraisy yang cuba membunuhnya di Mekah.
 
Nabi bekerjasama dengan kafir Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyyah agar umat Islam dapat menunaikan haji pada tahun berikutnya. Tetapi apabila kafir Quraisyh langgar perjanjian dan serang orang Islam, maka Nabi arahkan orang Islam bersiap sedia untuk berperang dengan kafir Quraisy.
 
PAS kerjasama dengan DAP selagi mana ia menguntungkan Islam, PAS dan ummah. Kalau kerjasama itu merugikan, maka bodoh dan beballah kalau terus tunduk kena buli, diperkuda oleh DAP, dan ikut cakap DAP. Itulah agaknya yang dikehendaki oleh khadam DAP dan macai-macainya. 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s