Kelantan Darul Naim ke Darul Hijrah?

Sikap sesetengah pemimpin PAS yang ghairah dan seronok dipuja dan mahu dipuji, lalu terlupa orang kafir mahu merosakkan gerakan Islam memerangkap PAS dengan sumbangan banjir kepada individu pimpinan dalam PAS. Seharusnya sumbangan kerajaan negeri P. Pinang diberikan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk memudahkan penyelerasan bantuan supaya sampai kepada semua kawasan. Tetapi DAP sengaja berikan kepada individu pimpinan PAS di Salor dan K. Kerai supaya PAS terus berkecamuk dan Kelantan kelam kabut. Ada orang gila pangkat dan gila jawatan suka dikeliling oleh kononnya kawan dunia akhirat sedangkan mereka lupa orang ada yang menjadi musuh tersirat.

dap keliru

KRISIS IDENTITI ORANG ANWARIYUN DALAM PAS

Parti Islam Se Malaysia PAS Baru PASma (1)

Puak2 anwariyun dalam PAS sejak dulu hingga sekarang hadapi krisis identiti. Mereka mahu bersama Islam dan berjuang Islam. Mereka melihat PAS adalah platform yang menjalankan misi dakwah, politik dan kebajikan Tetapi mereka tidak serasi melihat para ulamak memimpin PAS. Bagi mereka siapa sahaja boleh pimpin PAS.

Lalu mereka mencari yang serasi. Mereka melihat Anwar lebih dekat pada mereka sebagai idola dan ikon Islam. Bila Anwar masuk UMNO 1982, sebahagiannya ikut dan sebahagian yang lain tak mahu ikut. Yang masuk UMNO terpaksa terlibat dengan kemungkaran BN UMNO. Yang tak mahu ikut Anwar, ada yang tawakuf, dan ada yang masuk PAS tapi hati dan jiwa masih bersama Anwar, jasad sahaja dalam PAS.

Dalam masa yang sama mereka mereka tubuhkan platform NGO seperti IRC yang kemudiannya menjadi JIM, diikuti pula perpecahan dalam JIM menjadi IKRAM dan ISMA. Tetapi ada yang terus jadi ahli PAS, bergerak dalam PAS, hati dan jiwa masih bersama Anwar, jasad sahaja dalam PAS.

Mereka merancang untuk kuasi PAS dan UMNO. Mengapa mereka tidak mahu tubuh parti baru sahaja? Mereka tidak perlu curi dan rampas ahli PAS untuk ikut mereka. Bukankah senang mereka tubuhkan parti sendiri sahaja di mana mereka boleh pilih sesama mereka jadi ketua dan pimpin parti itu sendiri? Mengapa mahu takluk PAS? Mengapa mahu jadi anai-anai dan parasit dalam PAS?

Anwar telah pecahkan gerakan dua kali. Pertama apabila dia masuk UMNO 1982, para pendukung Islam pecah dalam beberapa kumpulan seperti IRC, ABIM KUSDA, ABIM UMNO, ABIM tulen, Islamic Voice, MISG, MISNA, malah dalam kapal PAS juga bergegar, tapi alhamdulillah PAS terus bertahan hingga hari ini. PAS dapat merampas Kelantan semula denga kerjasama APU di saat Anwar masih dalam UMNO dan PAS berkuasa di Kelantan lebih 24 tahun sekarang.

Bila Anwar kena terajang keluar dari UMNO 1998 oleh Tun <, pendukung Islam yang berpecah dulu kembali bertatut. Ada yang masuk PAS, ada yang masuk PKR. Ramai yang tinggalkan UMNO, walaupun sebahagiannya masih dalam UMNO untuk menjadi spy PKR.

Malangnya pada tahun 2014 dengan krisis MB Selangor yang dicipta oleh Anwar dan partinya PKR, sekali lagi Anwar memecahkan kesatuan dalam kalangan pendukung Islam. Kali ini tumbuh PASMA. Sepertimana perpecahan 1982, PASMA menyatukan bekas-bekas mahasiswa yang belajar di luar negara tetapi ditarbiyyah oleh murabbi ikhwan alami antaranya ialah Ustaz Alias Othman, Ustaz Zawawi Ali, Syeikh Tariq Swidan, Taha Jabir, Hashim Tontoji, Syeikh Syaaban, Syeikh Abu Bakar, Abdul hamid Abu Sulaiman dan beberapa orang lagi yang pemmpin IIT (Triple IT), Institute of International Islamic Thought dan SAAR Foundation di Virginia USA, yang semuanya mempunyai hubungan rapat dgn pimpinan ikhwan seperti Fathi Yakan

Dengan penubuhan PASMA, puak-puak Anwariyun akan mengulangi sejarah putaran roda yang sama dalam perjuangan Islam di Malaysia, dan mereka akan terus hadapi krisis identiti. Selagi mereka tidak bersedia mencairkan identiti lama mereka 100%, meninggalkan manhaj lama mereka, maka mereka akan terus dalam dilema dan kecewa dan terus kecewa dalam perjuangan. Sebahagian besar kawan-kawan mereka telah tanggalkan baju IRC, tanggalkan manhaj mereka, cairkan jiwa IRC dan terus membenamkan diri mereka dalam PAS dan mereka serasi dalam PAS.

Puak-puak yang hadapi masalah krisis identi pendukung Islam tidak mahu ikut kumpulan taasawuf. Mereka tidak mahu duduk dalam UMNO. Mereka tidak mahu duduk dalam PKR atau DAP. Mereka tidak mahu berada dalam NGO sahaja kerana NGO tidak mampu kuasai politik. Mereka tak suka cara pimpinan PAS di bawah Kepimpinan Ulamak. Jadi mereka mesti usaha ambil alih PAS atau tubuh parti lain, dan mulakan dengan NGO sekali lagi seperti PASMA, yang kemudiannya akan jadi satu parti politik acuan mereka. Itulah mimpi mereka.

Antara kes RM100 juta dan RM2.6 juta, mana lebih pasti?

Puak-puak PKR dan PASMA serta DAP heboh RM2.6 juta itu diluluskan untuk dibayar kepada TSKI, Faekah dan beberapa orang lagi secara sah dalam mesyuarat MBI ….bukan dibuat bawah pokok kayu atau di dikedai kopi…nah, yang DSAI ni nak bagi RM100 juta ni apa cerita. Mana amek duit? Duit Selangor ada RM3 bilion…nak amek dari Selangor ke? Itu ke sebab Anwar nak sangat jadi MB Selangor melalui Kajang Move….bila gagal,…maka desak PAS dan DAP terima isterinya jadi MB…bila gagal juga….sekarang bagaimana? Orang yang ditawarkan wang kini tahu mereka tidak akan dapat RM100 juga itu, maka ada baiknya hentam balik orang yang tawarkan RM100 juta bila tawaran ini hanya bagai tanam tebu di bibir mulut

10429221_381654902010703_3758694236066067350_n

DAP adalah sekularis seperti UMNO, PKR, dan PASMA tidak suka kepada ulamak

Sepertimana UMNO dan PKR, DAP juga adalah sekularis..mana mungkin sekularis suka pada ulamak. Mereka suka pada PAS sebab mereka boleh masuk kawasan surau dan masjid….dan dapat undi orang Melayu dari PAS…tapi mereka tidak suka pada ulamak PAS….antaranya Ronnie Liew, mantan EXCO Selangor dari DAP…DAP lebih suka bukan ulamak jadi pimpinan PAS…si bodoh PASMA yg kononnya ditubuhkan utk perkukuh Pakatan Rakyat suka prinsip DAP ini….mereka sokong DAP dalam kes buang ulamak dlm pimpinan PAS…bagi mereka Islam Liberal dan Islam moderate lagi bagus dan menguntungkan mereka….si PASMA bodoh suka dan sokong haluan DAP10424309_893580467319930_6123103919855191716_n

DAP rosakkan Pakatan di Selangor selepas PKR rosakkan Selangor dengan isu MB

DAP tamak, rakus, sombong, gila kuasa. Kepentingan parti dia lebih penting dari kepentingan dan kesejahteraan kerajaan Pakatan dan rakyat Selangor. Kalau DAP berterusan selfish….eloklah jangan undi mereka lagi di Selangor dalam PRU 14…mereka sombong, tak sedar diri, dan lupa daratan….

DAP ini macam anjing tersepit apabila ROS bercadang bataklkan pendaftaran DAP sebelum PRU13 dan natijahnya DAP tidak boleh bertanding atas tiket DAP, maka DAP telah minta izin nak pakai pakai logo PAS dan DAP tak minta PKR nak pakai logo PKR, sebab DAP lebih percaya pada PAS dari PKR. PAS izinkan…..tetapi hari ini DAP amat biadab terhadap PAS……benarkah pepatah kata jangan lepaskan anjing tersepit? Sepertimana UMNO juga pernah jadi anjing tersepit selepas PRU 1969, dan PAS selamatkan UMNO…..dasar anjing tersepit sama sahajadap tamak