Catatan Pertemuan DAP dan PASMA 12 Jan 2015 untuk guling Presiden PAS

IMG-20150112-WA0036

PERTEMUAN DAN MESYUARAT ANTARA LIM GUAN ENG DENGAN PASMA 12 JANUARI LALU DIPERINCIKAN!!!

PERJUMPAAN DIANTARA PASMA DAN LIM GUAN ENG DI KOMTAR PADA 12 JAN 2015.

1. Satu perjumpaan diantara PASMA dan LGE telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 12 Jan 2015, jam 11 pagi.

PASMA diwakili :-
1. Dato Phahrolrazi Zawawi
2. Nasir Ahmad
3. Taib Zakaria
4. Dzulqarnain
5. Rahman Talib
6. Hazmi Hassan
7. Sayuthi Omar
8. Mohd Yusof Mohd Noor
9. Zolkifly Md Lazim
10. Nordin Majid
11. Taib Ahmad
12. Yusny Mat
13. Muhaimin Sulam
14. Yacob Ali
15. Roshidi Husin

DAP diwakili :-
1. Lim Guan Eng
2. Ramasamy
3. Chow Kon Yeow
4.Jeff Ooi
5.Lim Hock Seng
6. Zairil Khir Johari
7. Ong Ah Teong
8. Harvinder singh
9. Ng Wik Aik
10. Chong Eng

4. Majlis bermula dgn ucapan aluan dari LGE. LGE sangat gembira dgn kedatangan PASMA.

5. Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada LGE yang PASMA akan membantu DAP dlm segala urusan yang diminta oleh DAP.

6. PASMA memberi commitment 100% utk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dlm pemilihan PAS tahun ini.

7. PASMA akan membantu DAP di Sarawak dikawasan Islam

8. PASMA memohon kepada LGE supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kpd ahli PAS yang sokong PASMA, begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.

9. LGE menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kpd PASMA.

10. LGE sangat berharap agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dlm pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS.

11.LGE juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dlm bulan Februari ini, segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor. Johor next target utk ditawan dlm PRU 14.

12.Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.

13. PASMA dan DAP telah merangka strategi bersama utk menghadapi PRN SARAWAK dan PRU14

14. Mereka memberi tumpuan khas dikawasan Melayu. DAP akan gunakan PASMA utk masuk ke kawasan Melayu lepas ini.

15. DAP amat yakin Hadi Awang akan tumpas kali ini.

16. DAP dan PASMA bersetuju MAT SABU jadi Presiden PAS yang baru.

Mesyurat tamat pada pukul 12.50 tengahari dan makan tengahari.

 

Sumber: http://buletinsengal.blogspot.com/2015/02/pertemuan-dan-mesyuarat-antara-lim-guan.html?m=1

Anak muda dan golongan profesional tolak Dr Dzulkifli Ahmad dan fahaman Islamis Demokrat

dr zulkifli  islamis demokrat

 

KAMI ANAK MUDA, PROFESIONAL DAN AGAMAWAN BERSAMA DALAM MEMPERJUANGKAN DASAR PERJUANGAN.

Dr. Zulkifli Ahmad ingin memecah belahkan PAS? Dan untuk pengetahuan tuan Dr. tiada siapa yang bencikan profesional apatah lagi kebencian itu dikatakan dari Ulama’ kami. Bahkan diluar sana sangat ramai profesional yang ikhlas dalam perjuangan PAS. Ambe sekadar pemandu lori, jadi ambe tepek kenyataan dari yang lebih layak…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya membaca dengan teliti artikel yg ditulis oleh Dr. Zulkifli Ahmad, Ajk PAS Pusat yg sekali lagi cuba membayangkan wujudnya pemisahan antara penggerak penggerak gerakan Islam yg terbesar di Malaysia ini di antara golongan ulama’ dan apa yg disifatkan sbg golongan profesional.

Artikel ini dimuatkan dalam Malaysian Insider yg telah nyata sikapnya menjadi alat kpd agenda politik pihak tertentu.

Beliau menyalahkan keputusan sebulat suara 15 perkara yg diambil di dalam Multaqa Ulama’ 2015 yg baru berakhir semalam seolah olah membakar jambatan penghubung antara ulama dan profesional.

Saya tidak berminat menulis panjang berhubung kesimpulan peribadi beliau akan tetapi beliau kenalah berfikir sejenak atas dasar apa yg mewajarkan beliau merasa seolah olah beliau menjadi wakil untuk bercakap bagi pihak golongan profesional yg menjadi juzuk penting dan besar peranannya dalam PAS?

Sejak bila dia dilantik jadi jurucakap kepada golongan profesional? Adakah beliau merasa dgn bersependapat dgn Prof Agus meletakkan pandangannya reflective kepada sentimen yg sedang berlegar dan dikongsi di kalangan golongan intelek dan teknokrat dalam PAS?

Sudahkah dia mendengar pandangan2 Professor2 yg lain yang sebahagiannya jauh lebih kanan?

Saya pernah menjadi Pengerusi Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Saya pernah duduk dalam think tank industry di MITI, menjadi Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara.

Saya mengikuti perkembangan PAS bukanlah baru. Dari tingkatan satu hinggalah ke universiti dan di alam kerjaya. Rakan2 saya dari sekolah berasrama penuh kebetulannya mereka2 yg berjaya dalam profession masing2. Begitulah dgn alumni universiti. Merekapun professional.

Pengamal2 undang2, akauntan, arkitek, doktor, pakar ekonomi dan percukaian, pilot, jurutera, pakar penerbangan, pegawai2 yg penting dalam PETRONAS, EXXONMOBILE(PETRON skrg), Murphy Oil, pakar perubatan, farmaseutikal.

Sebahagian besar adalah penyokong dan ramai merupakan ahli dan penggerak kepada PAS.

Bagaimana pula pandangan Dr Dzulkifli jika saya sampaikan kekecewaan dan marahnya golongan profesional terhadap tingkah laku beberapa AJK PAS Pusat yg langsung tidak profesional dalam bekerja dalam satu organisasi besar seperti PAS sehingga seolah2 tidak pernah tahu adab2 dan etika berorganisasi sehingga mewujudkan suasana cacamarba dalam kepimpinan dan merencat persepsi PAS sebagai organisasi yg utuh dan berdisiplin?

Kita ada kitab2 besar teori berorganisasi, dinamik organisasi, teori teori kepimpinan, guna untuk memantapkan organisasi, tapi semua itu dicampak ke tepi sehingga cacamarba jadinya parti oleh rekayasa politik peribadi kumpulan yg mendabik dada mewakili profesional.

Seingat saya konsep Kepimpinan Ulama didokong paling kuat oleh golongan profesional juga. Sampai hari ini tidak putus2 kekecewaan dilontar terhadap anasir anasir yg dianggap membuka ruang kpd lemahnya struktur asas parti yg berteraskan kepimpinan yg teguh yg sepatutnya didokong dan dijayakan semua.

Perbuatan segelintir dua ‘akulah profesional’ inilah yg sebenarnya menjadi punca terbentuknya prasangka kpd ketulusan dan kejujuran, komitmen dan kesetiaan yg tak berbelah kepada perjuangan Islam dan kepimpinan yg dilantik dari kalangan profesional.

Natijahnya seolah2 ada peminggiran golongan profesional kerana bimbang dgn hal2 yg boleh berlaku, takut takut belot dan sepertinya.

Kali ini semua memerhati ‘kejayaan’ Dr Dzulkifli dan rakan rakannya membentuk persepsi di kalangan masyarakat Islam bahawa PAS rela jadi ‘pak sanggup’ dengan kehendak2 rakan komponen sekalipun atas perkara yg dasar dan prinsip. Kononnya “hikmah”. Yang penting ke Putrajaya dahulu!

Masalahnya untuk ke sana, majoriti pengundi yg besar dari masyarakat Islam khususnya perlu diyakinkan dahulu bahawa PAS teguh dgn prinsip perjuangannya dan tidak akan bertolak ansur dalam soal kepentingan Islam dan melayu. Kepercayaan kepada UMNO sebetulnya telah luntur. Sudah rosak dan tak boleh berubat lagi.

Tingkah laku apologetik hanya meruntuhkan persepsi yg sepatutnya dibina. Sikit sikit perlu minta izin dan pohon maaf seolah2 tidak yakin dengan pendirian parti sendiri. Di sebalik yg lain mengukuhkan kedudukan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PKR yg dianggap berjaya menundukkan PAS. Menjadikan PAS kelihatannya mudah diarah dan ditunjuk itu dan ini. Boleh diberi kata dua bagaikan budak suruhan.

Jika ini keadaannya, PAS akan terus rugi. Gagal memenangi kerusi majoriti melayu, gagal lah cita cita ke putrajaya.

Yang tetap untung dan berjaya hanyalah DAP dikubu kuatnya yg mahu terus dipertahankan, Pulau Pinang.

Bukankah DAP dah menegaskan berkali2, mereka tak berminat menjadi Perdana Menteri? Yang terus berangan kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, bolehlah terus berangan jika PAS berterusan gagal yakinkan orang2 Melayu.

Keseluruhan tenaga profesional dlm PAS sedang meluap2 mahukan kemunculan semula PAS dengan bentuk yg lebih gagah, terpimpin dan bersatu padu atas fikrah jamaie yg dikongsi dan dijunjung.

Kami geram menggertap gigi saat menyaksikan susuk murobbi DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke sana ke mari menjaga urusan perjuangan Islam dipentas tempatan dan antarabangsa yg sepatutnya dibantu dan diperteguh, akan tetapi mereka yg dipilih ini memilih untuk menjadi anai anai.

Berhubung dengan Multaqa Ulama’ yg baru berlalu, saya tidak dapat menerima jika mahu digambarkan tokoh2 yg alim dan terhormat dikalangan ulama dan agamawan kita, menjadi rujukan masyarakat ditempat masing2 baik dari segi ilmu dan akhlaknya mahupun menjadi naqib serta gigih mentarbiyah ahli, tiba2 mahu dikatakan ratusan mereka ini bermultaqa’ dan bersetuju atas resolusi resolusi yg batil sifatnya.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

Dr Dzulkifli Ahmad hina dan tolak usaha PAS melaksana hudud

Hujah-hujah akal logik orang Islam Liberal dan Islam Demokrat. Bekas pimpinan IRC-JIM sendiri menyerang PAS, menyerang Kelantan. Bukankan baik Dr Dzul sebutkan akan hikmah disebalik hudud, takzir dan qisas? Bukankah baik Dr Dzul menyebut bahwa hukum hudud itu dari Allah bukan buatan manusia dan bukan buatan PAS? Bukankah baik kalau Dr Dzul sebut bahawa Allah Taalah tahu bahwa Malaysia akan dihuni oleh masyarakat majmuk dan pelbagai agama ketika Allah mahu mencipta bumi termasuk Malaysia? Tapi Dr Dzul membawa gambaran negatif, lekeh, dan bodoh tentang usaha PAS dan Islam itu sendiri. Mengapa? Sebab Anwar tak sokong hudud dilaksanakan dan DAP tak sokong hudud dilaksanakan dan kalau dilaksanakan Pakatan Rakyat akan kalah dalam PRU akan datang?

Suhaizan Kaiat menipu, belot dan bertaruh nasib PAS pada ROS

Sebelum beliau meninggalkan jawatan KP Johor, beliau tidak peduli sangat hal urusan keahlian Pemuda PAS dan Kawasannya sendiri. Apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS (DPPP) pada tahun 2013, beliau tutup mata sebelah dalam bab pengesahan keahlian Pemuda dan Cawangan di Kawasan yang beliau pimpin. Inilah Ketua Pemuda yang berani mempertaruh tengkuk PAS untuk disembelih oleh ROS (Registrar of Society) pada sesi lepas. Kali ini dalam Muktamar PAS 2015, eloklah pewarkilan bimbing dan tunjuk ajar kepada beliau, salah seorang Anwariyun dalam PAS, apa makna pengurusan berkualiti bertaraf dunia.

suhaizan main api