Isu MB Selangor zahirkan identiti Saari Sungip sebenarnya

saari sungip 1987

 

Saari Sungip, 1987 masuk PAS, dan meminta jawatan dan tugas dari Lajnah tarbiyyah. Lantas dengan sangka baik, PAS beri tugas pada beliau menulis buku Usrah untuk Lajnah Tarbiyyah PAS. Dia kumpul tulisan kawan-kawan kami dari MISG USA & Canda dan kawan-kawan IRC dari UK, kemudian terbit buku Usrah Jilid 1 dan Jilid 2.

Setelah ahli PAS guna buku Usrah Jilid 1 dan 2, ramai ahli PAS yang muda, ikut usrah IRC. Bila JiM ditubuhkan awal 1990, ahli PAS daftar sebagai ahli JIM.

Bila PAS tawan Kelantan dalam pakatan APU, sebagai Persiden JIM, belaiu membenarkan ahli JIM masuk UMNO untuk bantu Anwar tawan semula Kelantan dan ketika itu Anwar sedang menuju menjadi PM Malaysia.

Bila Anwar kena tendang keluar dari UMNO 1998, Saari keluar UMNO. Bila PKN ditubuhkan 1999, Shaari ditawarkan jawatan Setiausaha Agung PKN (sekarang PKR), dia kata “nanti dulu, saya nak bergerak dalam PAS dulu.”

Jarumnya halus dalam PAS. Kini dia sudah berani cabar Presiden PAS, orang yang menjadi Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat yang beri peluang pada Saari untuk berbakti dalam perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di Malaysia sejak 1987. Tetapi Saari ada agendanya sendiri iaitu berkhidmat untuk Anwar dan PKR. Silakan keluar PAS melainkan anda tahu apa makna taubat selepas melanggar Baiah atas nama Allah dan Rasul.

One thought on “Isu MB Selangor zahirkan identiti Saari Sungip sebenarnya

Leave a comment