PAN tolong BN-UMNO tumbangkan Kelantan dan Selangor kerana percaya kepada DAP

pan tolong bn dan dap

Di dalam Islam “Perpaduan” yang mulia dan suci ialah diikat dengan aqidah. Percaya dan cinta kepada Allah dan Rasul adalah ikatan yang kuat dan dapat cantumka manusia Melayu, Cina, India dan semua etnik lain.

Perpaduan yang diikat atas nama bangsa akan hancur, atas nama politik sempit juga akan hancur, diikat dengan impian Putrajaya juga akan kecundang kerana perpaduan jenis ini ialah perpaduan sekular.

Apabila ada pihak dari sekular mengaku Islam cuba membantu bukan Islam atau mendengar arahan bukan Islam setelah termakan dedak, maka bagi mereka Islam jadi no 3, Melayu no. 2 dan nombor satu ialah Putrajaya. Maka jatuhkan kerajaan Melayu Islam Kelantan adalah satu kebanggaan bagi mereka sebagaimana UMNO berbangga merampas Kelantan melalui tektik kotor mereka (1974-1978).

….Kita tahu adat PRU, ada menang ada kalah. Tetapi kita juga tahu pengkhianat agama dan bangsa tidak akan dapat lari hukuman dan balasan dari Allah, kalau tidak di dunia ini, mereka akan terima habuan mereka di hari akhirat. Maka kita orang PAS dan penyokong PAS tidak gentar berhadapan dengan seribu bala tentera ahzab yang akan menyerang Kelantan, bumi umat Melayu-Islam yang mengibarkan panji-panji Islam dan memartabat Islam sebaik mungkin lebih 26 tahun.

Kita bersedia hadapi musuh-musuh Islam dan musuh-musuh PAS
untuk datang menyerang kerajaan PAS di Kelantan…kita ada Allah bersama kita…kita amat yakin kemenangan Islam itu amat hampir….hasbunAllahi ni’mal wakeel….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s