Islam sandar pada Nas Syarak bukan maqasid – Dr Muhammad Atiullah

maqasid dr atiullah

ISLAM ADALAH BERSANDARKAN NAS SYARAK BUKAN MAQASID

Hendaklah para pemikir Islam memahami bahawa taraf maqasid adalah sama dengan qawaid fiqh. Maqasid tidak mencapai taraf pendalilan yang disepakati Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Pendalilan disepakati hanyalah empat iaitu al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

Maqasid bukan pendalilan tetapi pemudah memahami hukum seperti qawaid fiqh. Pastilah seperti qawaid fiqh, hukum umum maqasid adalah kaedah umum yang kena dengan beberapa hukum dan terkeluar darinya beberapa hukum.

Terkeluar darinya beberapa hukum dinamakan ithna’at. Hukum terkeluar dari kaedah kerana terdapat nas mensabitkannya yang tak terikut kaedah umum. Contoh: keadilan sesama manusia adalah maqasid syarak. Diyat adalah antara ithna’at kerana terdapat nas sebut harga diyyat tak sama antara muslim dan non-muslim, merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan.

Hal ini tidak difahami oleh golongan liberalis yang sering menjadikan maqasid sebagai pendalilan. Malah, maqasid bagi mereka boleh mencabar nas. Mereka berhujah dengan maslahah dan mafsadah. Padahal kaedah maslahah dan maslahah tidak disepakati oleh ilmuan umat Islam.

Mazhab Hanafi menggunakan istihsan. Namun, Imam al-Syafei membantah dan mengguna pakai masalih mursalah. Walau bagaimanapun, Mazhab Hanafi dan mazhab Syafii tidak meletakkan kaedah maslahah sebagai pendalilan utama. Hanya mazhab Muktazilah sahaja meletakkan kaedah maslahah sebagai asas keempat dalam mazhab Muktazilah.

Justeru, kalau letak maqasid dalam pendalilan, ia sudah menghampiri cara muktazilah. Begitu juga, Majlis Fatwa Kebangsaan turut mengingatkan kaedah sebanar meletakkan hukum syarak adalah melalui istinbat. Namun, golongan Islam Liberal menolaknya dan letakkan hukum melalui kaedah maqasid.

Dr Muhammad Atiullah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s