Amanat Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor kepada Muktamirin 2015

dupnsAMANAT KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR UNTUK PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE 61

Assalamua’laikum wmt wbt.

1.Saya menyeru seluruh ahli Pas Selangor khususnya dan Malaysia umumnya berusaha melapangkan masa untuk hadir dan mendengar serta mengikuti ucapan perasmian Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas di hari perasmian pada 4 Jun ini.

2.Ucapan perasmian Presiden ini adalah tausiyah dan amanah untuk ahli-ahli mengambil perhatian tentang perkembangan dan halatuju Pas seterusnya. Sudah tentu akan ada arahan dan panduan kepada seluruh ahli dalam mendepani cabaran semasa dan memperkasakan fikrah serta jatidiri perjuangan Islam yang dikasihi.

3.Ucapan dasar merupakan “Amanah Perjuangan” yang mendasari perjuangan sebuah parti Islam.Ini semua mampu untuk memberi faham kepada ahli-ahli untuk memperkukuhkan saf jamaah, memperkasakan tarbiyyah, membentuk kesatuan fikrah dan beramal dengan ilmu seterusnya memperjuang dan pertahankan Islam serta menjaga maruah Islam dan jamaah Pas.Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas sentiasa dicemburui oleh kalangan pimpinan samada dalaman mahupun rakan-rakan tahalluf PKR dan DAP hatta oleh UMNO/BN. Tidak hairan muttakhir ini, seolah-olah adanya gerakan untuk mencalarkannya dari bersikap tegas berprinsip dalam hal menjaga, mempertahan dan memperjuangkan Islam.

4.Keberadaan kita semua dalam PAS kerana dasar perjuangan Islam.Pertahankan prinsip dan dasar Islam serta jamaah yang berdasarkan kebenaran hujjah dan kaedah Islam, benar dalam tindakan dan tidak menghalalkan cara demi mencapai matlamat inilah yang tidak disenangi oleh kebanyakan mereka yang mencemburuinya.
Firman Allah di dalam Al-Quran ‘

” Dan berpegang teguhlah kalian sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu ,maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara……..( ali-Imran :103)

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menyokong dan mendokong kepimpinan Tuan Guru Presiden dalam meneruskan manifesto perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin sebelum daripada beliau.Semoga Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikurniakan pertolongan dan kudrat untuk terus memimpin Pas dan ummah.

Wassalam wmt wbt

” Terus Beristiqamah ”

Ustaz Rizuan Bin Rahmat
KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR
15 Shaa’ban 1436/02 Jun 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s