Mat Taib tidak tahu ramai lagi profesional dalam PAS selain KS, Dr Dzul, Hanipa dan Nizar

 

mat taibmuslim profesional pas

10496922_737179033004904_2201364403336427537_o

MENELUSURI SEJARAH ULAMA & PROFESIONAL DALAM PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PANDAN: Sejarah selama 60 tahun menyaksikan integrasi antara golongan ulama dan profesional telah mengendalikan PAS dari sebuah organisasi kecil hingga menjadi parti berpengaruh dan dilihat paling berpotensi mengambil alih pemerintahan negara.

Mantan Pengarah Jabatan Arkib PAS Pusat, Mohd Fadli Ghani berkata, walaupun ditubuhkan oleh para ulama pada tahun 1951, tetapi golongan profesional juga telah memainkan peranan sangat besar.

Buktinya ujar beliau, golongan profesional diberi kedudukan penting dalam PAS apabila Dr Abbas Alias dipilih menjadi Timbalan Yang DiPertua pada Mesyuarat Agong PAS Kali Kedua.

Begitu juga katanya, penglibatan tokoh profesional dalam Jawatankuasa PAS antaranya Tan Sri Dato’ Prof Ahmad Mohamed Ibrahim, Aminuddin Baki, Prof Dato’ (Dr) Ungku Omar Ahmad, Dr Pandak Ahmad Alang dan lain-lain.

Beliau membentangkan demikian pada Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia bertemakan “Islam, Profesionalisma dan Penyelesaian” di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini 18 April lalu.

Menurutnya, ketika itu tidak timbul pemisahan antara ulama dan profesional, sebaliknya masing-masing saling memberi kekuatan.

Sebaliknya ujar beliau, tindakan untuk memisahkan dua golongan ini adalah pengaruh dari usaha Belanda di Acheh, di mana kejayaan mereka memisahkan golongan profesional dari ulama, pentadbiran dan masyarakat telah menyebabkan runtuhnya Kerajaan Acheh.

“Kemuncak kebangkitan PAS adalah pada era kepimpinan Dr Burhanuddin al-Helmy di mana batang tubuh beliau dilihat sebagai ulama dan profesional. Keterbukaannya diterima baik oleh Kaum Muda, mahupun para ulama pondok, walaupun dua golongan ini sebenarnya saling bertentangan ketika itu.

“Selepas dari itu wujud konflik yang lahir secara berbeza-beza. Misalnya kerajaan masa itu menghantar ramai anak Melayu mengikuti bidang profesional di United Kingdom. Dari latar belakang tarbiyah berbeza inilah bila mereka pulang, mereka membentuk hubungan antara ulama dan intelektual,” ujarnya menerang susur galur itu.

Terang Mohd Fadli, ketika itu juga wujud kelompok Dato’ Asri Muda yang memisah diri dari golongan ulama, di mana pertembungan dan pemisahan itu akhirnya menyebabkan lahir gagasan ‘Kepimpinan Ulama’.

Pada awal tahun 1980-an katanya, sistem tarbiyah PAS telah diserah kepada golongan profesional sebagai langkah menjalin hubungan ulama dengan profesional.

“Kepercayaan ulama kepada golongan profesional yang menerima tarbiyah Ikhwanul Muslimin seperti didakwa mereka, bagaimanapun kemudiannya dikhianati. Pengalaman itu menimbulkan kebimbangan pada kebanyakan penggerak PAS kerana pengkhianatan sama masih berulang yang juga melibatkan individu-individu sama.

“Tahun 1988 iaitu selepas ‘proses pembersihkan’ kerana pengkhianatan itu, PAS telah mengangkat tema “Bertekad Membulatkan Jamaah” atas sebab berlaku satu gerakan dari sekelompok profesional yang menikam dari belakang dengan mewujudkan ‘perahu-perahu kecil dalam kapal’.

“Ketika PAS membersihkan organisasinya dari pengaruh luar, PAS telah gunakan Dewan Pemuda untuk memberi tempat sangat luas kepada golongan profesional yang terima tarbiyyah tulen PAS dan bekerja untuk PAS. Institut Polisi Studi ditubuhkan untuk profesional menyumbangkan pemikiran.

“Diwujudkan Unit Guaman Muda, Jabatan Kerajaan dan Swasta, Jabatan Akademik, Kosis, Kelab Infokom. Ini semua platform dibuka PAS seluasnya supaya setiap kemahiran profesional dimanfaatkan untuk kepentingan Islam dengan berganding bersama para ulama,” terangnya.

Manakala ujarnya, kerja dakwah yang khusus termasuk tarbiyah dan penerangan, dipegang oleh ulama dengan sokongan golongan profesional hingga melahirkan pelbagai gagasan pengurusan baru di dalam PAS.

Jelas beliau, situasi itu dilihat oleh Presiden PAS, Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai perkembangan yang baik lalu melontarkan gagasan “Mengintelektualkan Ulama, Mengulamakan Intelektual” agar kedua-dua golongan saling tidak terpisah.

Tetapi katanya, dalam realiti konotasi sebenar difahami ahli PAS, profesional adalah pakar dalam bidang tertentu dan bukannya ulama, manakala ulama adalah pakar dalam bidang agama dan bukannya profesional.

Menurutnya, hasil hubungan harmoni antara dua golongan itu khususnya di awal tahun 1990-an, menyebabkan PAS berjaya membuat lonjakan besar dalam pencapaian politiknya.

Pun begitu ujarnya, pertikaian mula berlaku selepas tahun 1998 hingga berlaku pertembungan ulama dan profesional yang kemudian istilahnya bertukar sebagai kumpulan Erdogan dan Erbakan.

Menurutnya, konflik antara dua golongan ini menyebabkan ada tindakan mempertahan dan merobek kuasa antara satu sama lain.

Bagaimanapun Mohd Fadli menyifatkan perkara itu bukan bermaksud golongan profesional melawan ulama dan sebaliknya, tetapi disebabkan satu fikrah baru yang berbeza didokong oleh dua kumpulan ini.

“Realitinya ini bukan pertembungan. Tetapi dua aliran bertentangan yang kini semakin ekstrem ke kiri dan ke kanan,” ujarnya menyimpulkan pembentangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s