UAA – tidak hati-hati dengan ucapannya yang boleh rosak aqidah

Alamak…UAA kata..PAS akan kalah dalam PRU akan datang kalau dikekalkan kepimpinan PAS sedia ada….hebat….hebat…kalah Tuhan

Dia yakin dan percaya Pakatan menentukan segala2nya….inilah calon Presiden PAS yang tak ada markas, tak ada pondok, tak ada masjid utk berkhutbah setiap minggu, tidak ada premis tetap untuk kuliah agama dan tidak ada ahli di kawasannya yang sama dengan 20 ribu ahli PAS di Marang..Rusila…..

Kesian UAA jadi boneka PASMARIYUN dan kambing hitam untuk jadi korban mereka. Semoga Allah beri hidayah pada UAA sebelum UAA terus terlajak..dan tertipu dalam keghairahan ujubnya diri dia
11108674_815607581850331_1928659814242942969_n

Perjuangan mengharap Redha Allah itu matlamat tertinggi jemaah PAS,Redha Allah sebagai matlamat, kemenangan itu anugerah kalah itu suatu dugaan.

Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah SWT kerana kelak menjadikan kita menyeleweng daripada petunjuk Ilahi..

Apabila kita benar-benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah SWT, maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir, lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah SWT.

Allah SWT sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh (hanya mengharap redha Allah) kepada Allah SWT sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar risalah justeru matlamat akhirnya ialah Allah SWT, yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.

Bersyukur kita bila PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Dengan perkataan lain, kita redha menjadikan kitab suci AlQuran, Sunnah Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan. Tiada makna bila kita berjuang atas nama Islam pada masa yang sama panduan syariat kita kesampingan dalam mendepani sesuatu krisis dan mengejar sesuatu..

Sering ditegaskan bahawa gerak gempur PAS dalam mengharungi liku perjuangannya meletakkan redha Allah sebagai matlamat. Dalam memahami matlamat PAS inilah wajar kita sentiasa bersikap mendokong perjuangan atas kefahaman dan bukan mengorbakan matlamat hanya untuk mencari kuasa semata-mata

Takda maknanya PUTRAJAYA kalau syariat disampingkan dalam mendepani sesuatu krisis dan mengejar kuasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s