Suhaizan, tempoh anda sebagai KP DPPP sudah tamat!

suhazianSELAMAT BEREHAT SUHAIZAN KAYAT. MASA ANDA SUDAH TAMAT

Terimalah hakikat, ramai perwakilan akan menolak Suhaizan Kayat yang baru 18 bulan @ setahun setengah menjadi KP. Walaupun pahit bagi beliau dan penyokongnya untuk menerima, ia sudah seperti sudah menjadi kenyataan.

Terimalah hakikat anda akan ditolak kerana kegagalan anda menunjukkan sikap yang kerap untuk menyokong TG Presiden dan hudud. Bukan bermakna anda menentang Presiden. Tidak sama sekali.

Tetapi anda membawa politik rasional di tengah ahli-ahli yang emosianal. Kami tahu sebagai YDP PAS PULAI, Suhaizan mencalonkan TGHH sebagai Presiden dan menyokong kuat TITM sebagai Timbalan Presiden. Tetapi pencalonan itu digelapkan. Dikelabukan kerana anda sudah berada di kem sana.

Seawal menjadi KP, anda berbincang dengan TGHH untuk membentuk kabinet. Tetapi itu tidak besar lagi. Anda menganjurkan Liqa’ Fikr di Baling bersama Tuan Guru Presiden. Tetapi program anda tidak mendapat sambutan. 4 negeri boikot. Exco sendiri bertaraf ‘Dr.’ dihadapannya menyebarkan poster palsu Liqa tersebut dibatalkan.

Ketika krisis MB Selangor, Suhaizan menulis di media “Bukan U Turn Tetapi Merangka Jalan Alternatif” yang memuji langkah Presiden menyerahkan kepada istana menyelesaikan konflik tersebut. Artikel ini digelapkan. Tetapi penafian setpol Presiden bahawa ada pertemuan dengan istana dibesarkan sehingga menggelapkan sokongan anda kepada Presiden. Anda menulis kepada DAP secara terbuka agar menerima hakikat calon MB pilihan istana. Ia digelapkan.

Begitu juga anda menganjurkan Nadwah Fiqh Ikhtilaf untuk menyatukan pemuda dengan membawa TGHH, TITM dan Dato Mustafa Ali sendiri sebagai panelis dan pengisi utama. Tetapi ia diboikot 4 negeri ini. Walaupun TGHH yang dibawa.

Apabila Kelantan pinda enekmen Kanun Jenayah Syariah 2 berkait hudud, anda hadir ke DUN Kelantan memberi sokongan. Ia digelapkan. Anda berusaha bertemu 3 MP DAP untuk menjelaskan dan mengajak mereka menyokong pindaan Akta 355, ia juga digelapkan.

Jadi terimalah hakikat wahai Suhaizan Kayat. Anda akan ditolak. Anda akan kalah. Bukan sebab anda menentang Presiden atau menolak hudud. Tetapi anda tidak beremosi seperti kehendak ramai. Anda tidak keluar kenyataan setiap hari dan setiap minggu menyokong Presiden. Anda tidak keluarkan kenyataan yang kerap mengutuk DAP dan PKR. Anda terus bermesyuarat dengan AMK dan DAPSY. Walaupun tindakan itu tidak salah. Kerana Majlis Syura memutuskan PAS kekal bertahaluf dengan PR. Sememangnya mengukuhkan PR itu satu keperluan. Tetapi musim ini musim emosi. Jika anda tidak sama emosi. Anda akan terimalah bahananya.

Juga dikatakan anda keras dalam membentuk kabinet Pemuda. Anda tidak berjaya satukan pemuda. Terimalah hakikat itu. Walaupun sebenarnya kami tahu seawal menang pemilihan, anda berbincang dengan Ustaz Khalil di luar mesyuarat tentang kabinet hendak dibentuk. Kemudian anda berbincang dengan ustaz Zaharudin Muhamad sebagai kepala penentang anda dalam PPM tentang calon SU dan lain lain dan dipersetujui. Tetapi apabila masuk mesyuarat, mereka khianati anda. Mereka bersuara dengan bahasa kasar dan kesat pada ada. Untuk apa? Supaya anda dilihat lemah. Walaupun anda telah berunding seawal mungkin untuk membentuk kabinet terbaik.

Apabila anda buat rombakan kabinet selepas muktamar 2014. Anda dituduh membuang ulama. Anda dituduh hanya pro 1 pihak. Terimalah hakikat itu. Walaupun kami tahu, anda telah meminta mandat muktamar untuk lakukan rombakan. Pimpinan pemuda di bawah anda ada tidak hadir meayuarat 8 kali berturut turut. Malah ada KP negeri yang kehadirannya zero. Langsung tak pernah hadir.

Ada 4 ke 5 lujnah yang langsung tidak hidup. Tidak digerakkan. Tetapi ini semua anda diamkan demi menjaga maruah kawan kawan. Anda sakit dengan tuduhan itu tetapi anda simpan hal sebenarnya berlaku.

Muktamar pertama anda sebagai KP dilihat kecoh. Dengan ramai keluar dewan ketika perasmian Timbalan Presiden. Minit muktamar dipertikaikan senarai nama perwakilan. Tandatangan bekas KP juga dinafikan. Terimalah hakikat memang muktamar zaman anda kecoh.

Walaupun kita tahu sebenarnya sabotaj yang dilakukan kakitangan pejabat anda. Yang mengubah nama perwakilan dengan sengaja sebelum dicetak. Yang menandatangani tanpa pemakluman kepada bekas KP walaupun kakitangan ini ada hubungan kekeluargaan dengan bekas KP tersebut. Untuk apa? Untuk memalukan. Untuk menunjukkan kebencian. Semoga Allah memberi hidayah kepada orang tersebut. Dia melukakan anda dalam keadaan anda tidak mendedahkan kembali hakikat sebenarnya. Anda luka. Dia gembira. Moga Allah ampunkan dia. Tidak cukup dengan itu, 60 fail dalam pejabat anda didelete kan bekas pekerja anda ini. Tanpa sebab. Semoga kebencian beliau kepada anda akan berakhir sebelum tamatnya nyawa beliau.

Pokoknya kecoh. Anda dibenci. Anda bukan calon pilihan lawan anda walaupun anda sudah cuba buat yang terbaik. Maka terimalah hakikat anda akan direhatkan.

Zulhelmi Hasan
Telok Kumbar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s