Dua beranak Lim bersungguh-sungguh memburukkan Presiden PAS

photoLim Guan Eng dan Lim Kit Siang sangat bersungguh berusaha secara berterusan untuk memburukkan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS supaya orang orang harapan DAP boleh menguasai PAS.

DAP seolah olah tidak mahu PAS menjadi kuat dan mendapat sokongan terbanyak orang melayu kerana DAP tidak mahu satu lagi bentuk pakatan yg ditunjangi oleh parti yg   berteraskan Islam dan melayu.

Mereka mungkin mengira jika PAS kekal tercorot dikalangan 3 parti komponen, mereka akan dapat menguasai dasar dan polisi Pakatan Rakyat.

Jika orang2 melayu bersatu dgn mengalih sokongan kepada PAS, PAS akan menjadi kuat.

PAS yg kuat secara adatnya akan jadi tunjang kpd PR. PAS yg kuat tidak akan bertolak ansur dalam isu prinsip berkaitan Agama Islam dan urusan orang orang Melayu.

PAS yg kuat, dan tegas dalam berpegang kepada dosa pahala tidak akan bertolak ansur dalam isu integriti, pemborosan dan kebertanggungjawaban dalam mengurus harta rakyat.

Kalau yang membawa fikrah yg songsangpun disingkir segera oleh perwakilan PAS yg mewakili akar umbi. Inikan pula yg terlibat rasuah dan penyelewengan, tak akan dilepas dgn mudah oleh akar umbi PAS yg akan segera menghukum mereka.

Ini beza yg besar dgn UMNO. Walau pemimpin korupsi, tetap dipilih dan diberi peranan mengurus dana rakyat.

Orang orang melayu memang tahu pemimpin mereka  dari UMNO korup.

Yang menyekat mereka berubah adalah kerana ragu ragu adakah PR akan lebih baik dalam soal menjaga agama dan bangsa bilamana parti alternatif kpd UMNO iaitulah PAS dilihat tidak menjadi tunjang dalam PR.

JIKA orang orang melayu mahu memastikan itu, mereka tiada pilihan selain nekad bersama2 dengan PAS.

PASTIKAN PAS yg memenangi kerusi yg paling banyak. PAS yg lebih berjaya di dalam pilihanraya akan menjadi tunjang dan teras di dalam PR.

Ini akan mengambil alih peranan dari UMNO yg telah rosak dan hampir mustahil boleh diharap berubah.

Tidak ada sebab DAP dan PKR tak akan senang jika PAS yg jadi tunjang PR. Melainkan mereka ada agenda lain mengatasi kemahuan rakyat.

Itupun wajar mereka fikirkan, pilihan terbentang luas untuk masing masing mengorak langkah.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Ketua Penerangan
PAS Kuala Terengganu
26hb Mei 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s