Jangan bergantung 100% pada undi bukan Melayu dari DAP, DHPP kan ada!

Sekali Serban Dililit. Siri 13

DHPP Kan Adaa !!

Oleh : Nasrudin bin Hassan

dhpp1. Saya tertarik dengan kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang turut menyandarkan harapan tinggi kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk terus berperanan dan beraksi sebagai jambatan kukuh antara PAS dengan non muslim.

2. Sungguhpun PAS tegas membawa prinsip perjuangan Islam ke persada politik tanahair, ianya tidaklah ditentang oleh semua non muslim. Sebagaimana terdapat sebahagian muslim yang menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS begitulah terdapat pula sebahagian non muslim yang menyokongnya.

3. Ertinya kefahaman menjadi faktor utama sokongan rakyat muslim atau non muslim kepada perjuangan Islam yang digerakkan oleh PAS. Muslim yang tidak faham akan menentang semahunya dan non muslim yang faham akan menyokong meskipun mereka belum menerima hidayah Allah swt. untuk menjadi seorang muslim.

4. Asal sahaja mereka faham, apakah dasar PAS dan bagaimana hala tuju perjuangan PAS yang teguh bersama Islam nescaya mereka yakin bahawa perjuangan ini membawa kebaikan kepada semua. Memancarkan sinar keadilan dan kesejahteraan manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya adalah manifestasi sebuah perjuangan yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan Rahmatan Lil A’lamin ( Yang Membawa Rahmat kepada Sekelian Alam ).

5. Sejarah perjuangan Nabi kita Muhammad saw turut memaparkan aksi dan watak non muslim yang tampil membantu perjuangan Islam yang diasas dan digerakkan oleh Baginda saw. Nama besar seperti Abu Talib dan Abdullah ibn Uraiqit antara non muslim yang masyhur dalam sejarah Islam menabur jasa kepada Nabi saw dan perjuangan yang dibawa oleh baginda.

6. Maksud tegas di sini ialah tidak semua non muslim menolak PAS. Meskipun DAP begitu ghairah mencari dan mencipta alasan untuk menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, nyata sikap DAP itu bukanlah mewakili keseleluruhan non muslim. Terutama dikalangan non muslim yang mendapat maklumat dan kefahaman yang betul mengenai perjuangan PAS.

7. Bertolak dari nokhtah inilah, DHPP mempunyai pasaran luas dan medan yang lebar untuk beraksi dan bertindak sebagai salah satu sayap penting kepada PAS. Usia yang baru berbanding sayap Ulamak, Pemuda dan Muslimat tidak menjadi alasan untuk DHPP mara sebaris dengan dewan – dewan yang lain bagi mengimbangi kekuatan PAS masa kini.

pas-for-all8. Saya sendiri menaruh harapan serupa agar DHPP makin bertenaga dan pro aktif. Sehinggalah orang bertanya bagaimana hubungan PAS dengan non muslim, maka kita yakin menjawab “DHPP Kan Adaaa !!”

9. Meredah cabaran semasa yang getir ini, sayugianya semua peringkat organ PAS turut bantu menggerakkan DHPP. Tatkala DAP jelas jual mahal, DHPP kan Adaaa ! Pastikan DHPP dapat ditubuhkan di semua kawasan dan gerak aktifkannya sebagaimana aktifnya dewan – dewan yang lain di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan.

10. Saya teringat, seketika dulu kita PAS tidak banyak markaz. Ceramah umum sering diadakan di kawasan awam atau rumah ahli yang terhad lamannya. Tiba – tiba pihak kerajaan haramkan PAS anjur ceramah kecuali di markaz PAS sahaja. Lalu tercetus satu fenomena di mana PAS cawangan dan kawasan pakat – pakat membangunkan markaz supaya mereka boleh menganjurkan ceramah. Kini markaz PAS tumbuh berselerak di seluruh negara. Maka saya yakin, saat DAP tunjuk sikap payah nak berkira dan sering menyerang PAS, fenomena baru akan muncul di mana DHPP akan tubuh semarak diseluruh negara. DHPP Kan Adaaa !!

Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s