DAP Belum Cukup Garam

images (1)Sekali Serban Dililit. Siri 16

DAP Belum Cukup Garam

Oleh : Nasrudin bin Hassan
http://www.perjuanganku.com

1. Dahsyat ! Serangan bertali arus tanpa henti dari DAP dan pimpinannya terhadap PAS khasnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Habis perkataan nista dan cerca dihamburkan. Hilang akal ! Durjana ! Bodoh ! Mesra UMNO dan sebagainya. Pukulan datang dari segenap penjuru. Saya tahu, serangan itu memang berupa pukulan maut yang mahu melihat Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang rebah tersungkur.

2. Kelmarin, saya segera ke bilik Tuan Guru Presiden di Tingkat 4 Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Bersimpuh saya dengan beliau yang lebih mesra saya panggil Ayah Chik sekitar 40 minit. Saya bertanya langsung perasaan dan kedudukan Ayah Chik sekarang setelah diserang dari segenap arah. Saya sebetulnya cemas dan simpati pada Ayah Chik melihat susuk itu diserang sedemikian rupa .

3. Lebar senyuman Ayah Chik petang itu melihat saya cemas dan menaruh simpati kepada beliau. Ayah Chik jawab persoalan saya dengan membawa sejarah orang – orang lama mendepani cabaran dalam PAS. Kisah Dr Hj Abbas, Dr Zulkifli Mohamad, Ust Abu Bakar Hamzah, Ust Fadhil Noor dan lainnya. Lalu Ayah Chik tegaskan bahawa kita semua ni adalah penyambung tugas mereka.

4. Cara dan gaya penceritaan Ayah Chik petang kelmarin, tidak langsung menunjukkan beliau terjejas dengan serangan yang bertali arus. Saya bernafas lega. Rasa kagum dengan kekentalan emosi dan jiwanya. Tidak pula membalas dengan cercaan dan nista yang serupa sebaliknya Ayah Chik memujuk saya bersabar dan menggesa supaya saya meneruskan perjuangan tanpa rehat dan penat.

5. Keadaan jadi macam terbalik. Asalnya saya mahu menyabarkan Ayah Chik kerana bimbang Ayah Chik terkesan dengan tekanan, sebaliknya beliau yang menyabarkan saya dan menasihati saya agar jangan lemah semangat dalam membawa risalah Islam ini. Wujudnya penentangan dalam perjuangan adalah sunnatullah. Ayah Chik sangat ceria dan optimis terhadap amanah dan tanggungjawab yang beliau pikul.

6. Kesimpulan yang saya lihat, serangan DAP masih tidak membekas dan berkesan. Jika DAP bermaksud dengan serangan itu adalah untuk menjatuh dan melemahkan Ayah Chik, saya kira DAP belum cukup garam. DAP perlu lipat gandakan serangannya. Tidak memadai satu atau dua kenyataan media sehari sebaliknya saya kira DAP perlu adakan 5 atau 6 sidang media sehari untuk menyerang Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

7. Suka saya maklumkan kepada DAP, bahawa rahsia kekuatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi adalah pada dasar dan prinsip Islam yang dipegang dan diperjuangkannya. Justeru itu, tidak mudah DAP mahu menumbangkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi, apalagi mahu menumbangkan PAS. Apa yang boleh saya nasihatkan DAP ialah mereka perlu bekerja lebih keras dengan menggunakan segala kekuatan, dana, orang – orang yang dipasang oleh mereka di segenap penjuru, peminat – peminat tegar DAP dalam PAS (kalau ada) dan pelbagai isu yang boleh dieksploitasikan.

8. Masa masih ada untuk DAP pantas bertindak khasnya dalam masa dua minggu sebagaimana tempoh yang disebut oleh mereka bahawa selepas dua minggu Pakatan Rakyat akan berakhir. Saya sendiri faham, serangan DAP bukan membabi buta sebaliknya penuh teliti dan perancangan untuk memaksa dan menentu keputusan pemilihan muktamar PAS awal jun kelak. DAP tidak mahu lagi Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

9. Demi memastikan Pakatan Rakyat terus kukuh menurut pandangan DAP, Tuan Guru Hj Abdul Hadi mesti dinyahkan dari kerusi Presiden PAS. Jika benar telahan saya, maka DAP hanya ada masa sekitar 8 hari sahaja lagi untuk berbuat sesuatu yang berkesan. DAP tidak boleh memadai dengan satu atau dua kenyataan media sahaja. Sebaliknya DAP perlu turun sampai ke akar umbi parti dan meyakinkan perwakilan bahawa mereka perlu tolak dan jatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari menerajui kepimpinan PAS.

10. DAP juga perlu menguasai jentera dan media PAS iaitu Harakah. Pastikan Harakah ikut telunjuk DAP untuk jayakan plan mengenepikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan orang – orang kuatnya seperti Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato Mohd Amar, Dr Khairudin at Takiri, Nasrudin Tantawi dan lainnya. Guna segala upaya yang ada. Masa tidak banyak lagi yang tinggal untuk DAP berlengah. Kalau DAP gagal manafaatkan masa yang masih berbaki 8 hari ini, untuk lipat ganda serangan keatas PAS dan Kepimpinan Ulamaknya, maka segala cita – cita DAP berkubur begitu sahaja. Sekian

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s