DHPP LEBIH UTAMA DARI RAKAN TAHALUF SIYASI

11058688_1120784174603892_5725666434081310925_n DHPP LEBIH UTAMA DARI RAKAN TAHALUF SIYASI

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PERMATANG PAUH: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah jentera parti yang mesti lebih diutamakan daripada rakan tahaluf siyasi, demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah satu-satunya jalan mengikat kerjasama dengan pihak lain, sedangkan DHPP pula adalah satu wasilah dalam jentera parti sendiri untuk menjalin hubungan terutama dengan bukan Islam.

Terangnya, kepentingan DHPP lantaran PAS berjaya memecahkan tembok yang memisahkannya dengan masyarakat bukan Islam dan menyedari realiti masyarakat majmuk negara ini.

“Saya hendak ingatkan bahawa sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam yang ada dalam PAS ini hendaklah lebih diutamakan daripada tahaluf siyasi. Jangan tahaluf siyasi ini diutamakan, tetapi sayap Dewan Himpunan dibelakangkan. Itu salah, itu silap.

“Kerana mereka yang duduk dalam Dewan Himpunan ini adalah mereka yang menerima konsep PAS. Sedangkan tahaluf siyasi tidak terima dasar dibawa PAS. Itu yang bising itu, tidak terima dasar, tidak terima hala tuju kita. Hanya ada persamaan pendekatan, itu yang kita kena sedar,” ujar beliau dalam ucapan perasmian serentak Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat Negeri Pulau Pinang di Kubang Semang, di sini 16 Mei lalu.

Katanya, ahli PAS tidak perlu merasa pelik terhadap penerimaan masyarakat bukan Islam yang menjadikan Islam sebagai satu dasar politik.

Kerana menurutnya, sebagaimana bangsa lain boleh menerima Komunisme, Sosialisme, Pragmatisme dan Kapitalisme dari tokoh-tokoh seperti Adam Smith, Karl Max, Stalin Lenin dan lain-lain, bermakna tiada sebab mereka tidak boleh menerima Islam.

“Kalau mereka boleh terima Adam Smith daripada Eropah dengan ideologi dan teorinya, mengapa mereka tidak boleh terima Islam sebagai satu agenda politik? Kegagalan idealogi-idealogi manusia ini menyebabkan mereka memandang kepada Islam. Ini fitrah.

“Mereka menerima Islam bukan dengan janji kosong, tapi melihat adil dan baiknya Islam. Apa yang berlaku menunjukkan bahawa masyarakat bukan Islam sudah mula terbuka,” terang beliau yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s