Mahathir genius, Anwar tidak…? Siapa kalah: Mahathir atau Anwar?

najib jangan letak jawatan Tun M memang genius walaupun ramai org benci dia. Sebab dia genius, dia berjaya pujuk Anwar masuk masuk UMNO 1982 untuk imbangkan ikon Islam PAS dengan ikon Islam UMNO selepas UMNO hilang ikon Islam setelah PAS ditendang keluar dari BN 1978. Pada tahun 1990 BN-UMNO tumbang di Kelantan ketika Anwar ada dalam UMNO. Akibat UMNO diharamkan kerana konflik kumpulan A dan kumpulan B dalam UMNO, ahli UMNO dan rakyat Kelantan marah pada BN-UMNO Apabila BN-UMNO kalah di Kelantan 1990, Anwar pujuk ahli2 IRC-MISG-ABIM dan NGO untuk sokong beliau kerana beliau jangka akan jadi PM tidak lama selepas itu. Selepas JIM didaftar di bawa ROS menghimpunkan ahli2 IRC pada akhir tahun 1990, maka Saari Sungib menulis satu kertas kerja grand design untuk justifikan ahli2 IRC-JIM mengapa mereka boleh masuk UMNO pada akhir tahun 1991 untuk membantu Anwar mengambilalih UMNO dari puak2 sekularis. Masa Anwar dalam UMNO, Kelantan di bawah PAS mendapat tekanan, sekatan, dan serangan dari Anwar sendiri yang tidak mahu pengaruh PAS melebar luas selepas PAS dan S46 berjaya memerintah Kelantan. Malang tidak berbau. Tun M seorang sekularis dan genius. Tun M baca pergerakan Anwar yg kononnya pro-Islam. Tun M pecat Anwar dari jawatan TPM dan Tim. Presiden UMNO yg pernah menjadi “blue-eye boy” Tun M, lalu org2 IRC-JIM-ABIM yang menjadi bala tentera Anwar turut sama terpelanting, ada yang kena tangkap ISA, ada yang hilang projek, ada yang mamai tak tahu nak ke mana. Umpama, kepala ular bila dipukul, maka ekor juga akan terasa dan meliut-liut. Umpama ikan dalam air, apabila kena tuba, tak tahu nak ke mana. Mujur Ustaz Fadzil Nor pasang lukah untuk menangkap ikan-ikan mabuk dan selamatkan ikan-ikan itu setelah memaklumkan strategi beliau pada dua orang pemimpin tinggi PAS secara senyap-senyap dan dua pemimpin PAS setuju dengan strategi itu. Bila orang UMNO dan rakyat marah pada Tun M kerana peristiwa 1998, mereka protes BN-UMNO, dan BN-UMNO kehilangan Terenggu pada tahun 2000. Lalu Tun M fikir elok dia letak jawatan, dan rakyat hilang marah, dan Abdullah Badawi naik jadi PM. Orang Melayu lupa bahawa kemungkaran Tun M dalam negara bukan kemungkaran peribadi tetapi kemungkaran BN-UMNO. Bila Abdullah Badari jadi PM, rakyat yang marah pada Tun M kembali sokong BN-UMNO dan BN-UMNO menang besar dalam PRU 2004 dan kerajaan PAS Kelantan hampir tumbang. Di zaman Pak Lah, Tun M desak, tekan, serang Pak Lah kerana banyak projek Tun M dan kroni tidak bergerak kerana kemelesetan ekonomi. Tun M keluar dari UMNO kerana mahu Pak Lah turun dari jawatan PM dan Presiden UMNO. Akhirnya Pak Lah turun di saat BN-UMNO lemah apabila 5 negeri BN-UMNO hilang (Selangor, Kedah, Perak, P. Pinang, dan Kelantan) pada PRU 2008. Tun M terus serang Pak Lah dan paksa Pak Lah turun. Akhirnya Pak Lah letak jawatan Tun M mahu Najib naik jadi PM supaya projek Tun M dan kroni akan disokong oleh Najib. Apabila Najib naik jadi PM mulai 2009, orang Melayu yang marah pada Pak Lah kerana kehilangan 5 negeri BN mulai sokong Najib pimpinan baru BN-UMNO. Akhirnya orang Melayu yang mudah lupa akan kelemahan dan penyelewengan pemerintahan BN-UMNO di zaman Pak Lah dan kembali sokong BN-UMNO, dan BN menang semula Kedah dan Perak dalam sistem demokrasi dalam PRU 2013. Malang Najib buat banyak kesilapan di sebalik kelemahan Najib yang banyak. Tun M kata Najib lagi teruk dari Pak Lah. Tun M cari 1001 alasan untuk desak Najib turun dari takhta PM setiap hari hingga hari ini. Mengapa? Kerana Tun M genius, dia mahu selamatkan BN-UMNO dan projek-projeknya dan kroni2nya. Hanya sibodoh PASMARIYUN yang menjadi penyokong Anwar sahaja yang mahukan Najib turun atau letak jawatan kerana desakan Tun M yang genius dan mereka bukannya mahukan BN-UMNO diturunkan melalui sistem demokrasi. Mereka beriman dengan cara 16 September di padang bola Kelana Jaya untuk ambil alih Parlimen Malaysia. Bila Presiden PAS kata, Najib jangan letak jawatan walaupun didesak oleh Tun M, tindakan Presiden PAS itu sarat dengan pengalaman berpolitik lebih 50 tahun. Hanya jauhari yang mengenal manikam. As-syahid Syed Qutb ingatkan kita: “runtuhkan jahiliyah, dan tegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah itu ”. Saya Albangi Selangor Di Kuching juga adalah Tok Usin Tok Usinn Ceroii…kikikiiii

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s