PAS Kota Bharu pimpinan Dato’ Abd Rahim biadab ajak Lim Kit Siang cakap pasal hudud

SEKULAR MANKEBIADAPAN LIM KIT SIANG: DPP GOMBAK MENDESAK AGAR PAS KOTA BHARU BERTANGGUNGJAWAB

1. Saya mendengar dengan teliti ucapan Lim Kit Siang dalam ceramah yang diadakan di Padang Perdana MPKB, Kota Bharu pada 10 Mei 2015. Ianya satu ucapan biadap dengan mempertikaikan hasrat Kelantan untuk melaksanakan suara majoriti rakyat Kelantan yang mahu pelaksanaan jenayah syariat Islam berjalan. Enakmen Kanun Jenayah Syariat (EKJS) yang diluluskan dengan jalan demokrasi dan sidang DUN telah sebulat suara menyokong pada 19 Mac 2015 diperlekehkan di hadapan khalayak rakyat Kelantan.

2. Ketika zaman kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau berusaha gigih untuk memberi penerangan kepada rakyat melalui program Bulan Hududullah dan ceramah-ceramah bersiri di seluruh pelusuk negeri. Namun, tidak sampai 3 bulan Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggalkan rakyat dengan tangisan air mata, pimpinan PAS Kota Bharu dengan berani membiarkan bangunan yang dibina selama 25 tahun dirosakkan oleh Lim Kit Siang. Lebih malang lagi, penghinaan kepada usaha Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama ini berlaku di bumi serambi Mekah sendiri.

3. Usaha yang dilakukan oleh Tuan Guru dihina oleh pimpinan PAS Kota Bharu dengan menjemput Lim Kit Siang yang ternyata konsisten menghentam hudud sejak sekian lama atas alasan mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menghancurkan Barisan Nasional. Sekarang sudah jelas siapa kawan siapa lawan dan siapa musuh dalam selimut.

4. Dewan Pemuda PAS Gombak ( DPPG) memandang serius terhadap tindakan PAS Kota Bharu yang berani membelakangi keputusan PAS Pusat dan PAS Kelantan yang bertungkus lumus bagi merealisasikan pelaksanaan jenayah syariat Islam di Kelantan.

5. Justeru itu, DPPG mendesak PAS Kota Bharu agar bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan dengan mencemarkan wajah PAS di mata rakyat. Harapan rakyat untuk melihat keadilan dan keselamatan terjaga diperlekehkan oleh PAS Kota Bharu. Suara rakyat Kelantan dibangkul sampahkan oleh PAS Kota Bharu dengan membiarkan orang luar dengan penuh gembira menghina bangunan yang dibina dengan keringat peluh, tenaga dan harta sejak sekian lama.

6. DPPG turut mendesak PAS Kota Bharu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan dan pendokong perjuangan PAS atas tindakan sebegini. PAS mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang jelas dan hormatilah dengan penuh adab dan disiplin.

Ustaz Dr. Mohd Nor Husin
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak
12 Mei 2015 / 23 Rejab 143

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s