Lim Kit Siang meludah rakyat Kelantan di bumi Kelantan kerana benci hudud

acd2d3155dd4e1b11b9b74d2c0eb7a63TUAN LIM KIT SIANG, WE HAVE A RIGHT TO DIFFER

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang,

The Right to Differ sebagaimana yang tuan maklum ialah buku karangan Dr Ooi Kee Beng yang diterbitkan pada tahun 2011. Buku ini mengandungi biografi tuan bermula dari penglibatan awal di dalam politik sehinggalah ke hari ini. Membaca buku ini memang mengasyikkan kerana ia menceritakan detik-detik bangunnya tuan di dalam politik negara setelah berlakunya perdebatan di antara tuan dengan Syed Naquib Al-Attas yang mewakili Gerakan dalam satu majlis yang dinamakan Debat Kebudayaan DAP-Gerakan 1968. Saya tidak ingin mengulas berhubung debat itu, cuma barangkali ingin menyatakan satu fakta yang diakui sendiri oleh tuan di dalam buku tersebut, bahawa kontroversi yang terecetus berikutan perdebatan itu menaikkan nama tuan di dalam arena politik.

Saya masih belum lahir pada masa itu. Bagaimanapun, saya berani menyatakan bahawa bukan semua kontoversi itu baik untuk pihak yang mencetusnya. Ada sesetengah kontoversi jika sengaja dicetuskan untuk menimbulkan salah faham, akan akhirnya menunjukkan jalan mati kepada tuan punya. Saya bimbang kontroversi yang tercetus dari ucapan tuan di Kota Bharu malam kelmarin ialah kontoversi yang boleh mematikan terus muafakat yang terjalin.

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang,

Saya akui perjalanan politik tuan yang melalui hukuman ISA pada tahun 1969 selama 18 bulan dan pada tahun 1987 selama 17 bulan adalah satu rekod yang cukup mengkagumkan. Namun, ia bukannya lessen untuk tuan mengherdik agenda kami di dalam negeri kami. Saya mendengar rakaman ucapan tuan di Kota Bharu itu serta membaca semula tulisan yang dimuatkan oleh tuan sendiri di dalam blog milik tuan. Berkali-kali saya ulangi menonton dan mendengar ucapan tuan, nyata sekali tuan samada tidak faham berhubung hudud atau tuan tidak faham berhubung adab.

Saya lebih cenderung kepada kemungkinan kedua. Mana mungkin seorang ahli politik yang cukup matang dan berpengalaman seperti tuan tersalah mulut terlajak kata sedemikian rupa kecuali memang itu hasrat tuan. Jika orang muda terlucut kata sedemikian rupa, ia dipanggil keterlanjuran, namun jika orang lama juga terlucut kata, ia dipangggil kurang ajar.

Barangkali tuan tidak faham bahawa proses untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ke parlimen sudah sampai ke peringkat akhir. Enakmen Kanun Jenayah Syariah atau tuan sebut sebagai hudud itu adalah satu cita-cita kami di Kelantan. Ia langsung tidak menyentuh seurat pun bulu roma non muslim, tidak sedikitpun mencemari hak dan tidak sejengkalpun mengurangi kepentingan mereka.

Rakyat Kelantan yang 95 peratus muslim menunggu-nunggu ia dilaksanakan. Benar, masih banyak lagi agenda kebajikan belum tertunai, namun ia bukanlah bererti segalanya diketepikan hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum Islam.

Ya, mungkin benar tuan ingin berbeza dengan kami dalam isu ini. Namun, di hadapan khalayak sedemikian bukan tempatnya untuk tuan berkata demikian. Ketepikan dahulu perbezaan kerana masih banyak lagi kecacatan UMNO / Barisan Nasional yang boleh diperkatakan. Jika pemimpin muda PKR boleh melaungkan takbir bukannya menyebut REFORMASI (yang tidak salahpun untuk menyebutnya) di dalam ucapan di hadapan rakyat Kelantan, kenapa tuan tidak boleh sedikitpun menyembunyikan perbezaan walhal masih banyak isu yang boleh disentuh?

Hudud ini agenda kami. Cita-cita dan harapan kami. Kerjasama dengan kerajaan Pusat ialah kerjasama kerajaan dengan kerajaan. Jika undi bukan Melayu untuk Pakatan Rakyat yang sampai ke tahap maksimum pun belum memungkingkan kita menawan Putrajaya, kenapa tidak boleh tuan izinkan kami mencelah mengaut nasib di tengah masyarakat Melayu pula.

Jangan tuan merasakan hanya kami yang rugi jika bahtera ini pecah, jika kami rugi secupak, tuan mungkin rugi seguni. Sekurang-kurangnya kami berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional di Rompin sedangkan tuan gagal mempertahankan Teluk Intan. Sekurang-kurangnya undi kami di PRK Dun Chempaka hanya merosot 11.4% dalam situasi Barisan Nasional tidak turun bertanding sedangkan undi tuan di PRK Bukit Gelugor merosot sebanyak 26.14% juga dalam situasi Barisan Nasional tidak turun bertanding!

Tahukah tuan, betapa tergurisnya hati dan perasaan kami atas lontaran kata-kata tuan di halaman kami sendiri. Umpama hadir bertamu, mengutuk lantai tidak serata, mengata dinding tidak berwarna. Rumah ini ada tuannya, jikapun tuan hadir dengan jemputan anak yang derhaka, belum tentu anak yang lain boleh membiarkan rumahnya dihina sesuka hati. Apatah lagi jika anak yang baik budiman menjemput tuan hadir, tentu sahaja dihantar pulang dengan hati terluka.

Jangan tuan mengukur Mesir dan Jordan sebagai kayu ukuran. Adapun Mesir dan Jordan itu, yang memerintahnya sekarang ialah ‘UMNO’. Dan seperkara lagi, sekalipun Mesir itu bumi para nabi, bimbang saya teramat sangat jika tuan ke sana bertemu waris cucu Firaun. Daripada yang belum faham tentang Islam, semakin jauh tuan dibawa ke bukit kejahilan. Saya bimbang, jika tuan jadikan Mesir dan Jordan sebagai hujah untuk tidak laksanakan syariah Islam, nanti ada yang merujuk pula Negara Brunei yang lebih dekat dari sudut geografi dalam isu kerakyatan. Dan tuan tentu maklum bahawa Brunei sangat sukar memberikan tahap kerakyatan kepada kaum Cina (dengan maaf).

Dalam hal hudud ini, saya pohon kepada tuan, jangan galak sangat menambah luka. Kami anak muda punya perasaan, pada saat kami boleh bersabar, hargailah kesabaran kami ini. Jika kami bertamu ke tempat tuan, kami sekurang-kurangnya tahu di penjuru mana kami bersila, tidak meludah di tengah laman, tidak menepis huluran salam.

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang,

Terimalah hakikat, kita berbeza dalam isu ini dan kita punya hak untuk berbeza. Biarkan sahaja 5 peratus perbezaan ini, dan gerakkan 95 peratus lagi yang kita sepakati bersama. Seperti tajuk buku biografi tuan yang ditulis oleh Dr Ooi Kee Beng, The Right To Differ.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
12 Mei 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s