National Unity Government menguntungkan rakyat, negara, ummah dan Islam

ug
Presiden PAS bukan jaguh kampung. Beliau bersama gerakan Islam dari seluruh dunia sejak 1966 lagi…bersama Ikhwan Mesir sejak 1969 lagi…belajar di Madinah di akhir 60an dan menjadi orang penting dalam gerakan Islam sedunia sehinggalah menjadi orang no. 2 dalam Himpunan Ulamak Sedunia selepas Prof Dr Yusuf Qardawi. Sudah tentu musuh Islam dengki dan cemburu dgn TGHH. Sudah tentu musuh PAS dan musuh dalam selimut PAS juga dengki dan cemburu dengan TGHH

Pemimpin2 gerakan Islam memainkan peranan penting dalam mendamaikan kumpulan2 islam yang bertelingkah di negara masing2 termasuk perbalahan Sunni Syiah, kumpulan2 mujahidin di Afghanistan, kumpulan Islam sebelum Perang Teluk, peselisihan di Lubnan, Jordan, Syria, Kahsmir, Pakistan dan Filipina. Pengalaman pemimpin gerakan Islam dikongsi bersama dan mereka mencari formula bagaimana menangani kerajaan pemerintah yg sekular dan dalam masa yang sama gerakan Islam belum berkuasa lagi di negara masing2.

Langkah pertama ialah kurangkan musuh tetapi masih dapat sampaikan dakwah secara meluas. Di mana ada ruang gerakan Islam boleh kerjasama dengan kumpulan2 Islam lain dan kumpulan bukan Islam lain, maka hendaklah diusahakan, dan ini dapat mengurangkan musuh. Ada nas dari Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yg kuat dalam hal ini. Tahaluf dan ta’awun adalah dua strategi yang boleh digunakan.

Langkah kedua, wujudkan perdamaian dalam bentuk kerjasama dengan pemerintah sekular tanpa mencairkan falsafah, prinsip, integriti, identiti, dan jatidiri gerakan Islam. Perdamaian ini dicadangkan dalam bentuk National Unity Government. Konsep NUG ini bukan bermakna gerakan Islam masuk parti lain atau lupuskan parti sendiri, tetapi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, berganding bahu dengan parti pemerintah sekular yg kuasai negara masing2 bagi tujuan meletakkan kepentingan rakyat lebih penting dari perbalahan politik.

Dalam konsep NUG ini, parti pemerintah dan parti pembangkang tidak lagi serang menyerang. Parti pemerintah tidak ganggu wilayah atau negeri yang diperintah oleh pembangkang, dan parti pembangkang tidak ganggu atau serang parti pemerintah yang memerintah wilayah atau negeri yg mereka kuasai. Semua perkara yang boleh bawa kepada selisih faham hendaklah bawa ke meja perundingan dan bukan pentas politik.

Tambahan lagi, parti pemerintah negara hendaklah memberikan peruntukan kepada semua negeri-negeri atau wilayah tanpa mengira parti mana yang peirntah kerajaan negeri, biarpun dari pembangkang. Peruntukan untuk pembangunan ekonomi, pendidikan, infrastrukur, dan pembangunan sosial kemanusiaan juga hendaklah diberi kepada semua negeri tanpa prejudis politik kerana hasil pendapatan negeri2 juga diberikan kepada kerajaan pusat. Rakyat di semua negeri berhak mendapat kesamarataan pembangunan.

Apakah dua perkara asas ini SALAH dalam dalam NUG? Hanya orang bengap dari parti politik, samada dari pemerintah atau pembangkang, sahaja yg akan menolak kerana sombong, angkuh, dan meletakkan kepentingan peribadi dan ideologi parti sendiri!

Ketiga, setiap parti ada kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Parti pemerintah tidak mampu menyelesaikan semua perkara dalam negara tetapi parti pembangkang boleh membantu menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih baik dan lebih mudah. Maka tugas atau amanah pentadbiran dan pengurusan boleh diberikan kepada pemimpin parti pembangkang untuk menyelesaikannya. Kerajaan Kelantan telah menjalankan formula ini sejak 24 tahun yang lalu apabila melantik ketua-ketua dari kaum Siam, Cina, India dan orang Asli bagi membantu kerajaan negeri untuk urusan kebajikan kaum masing-masing.

Gerakan Islam mempunyai formula untuk penyelesaian semasa dalam menangani konflik umat Islam dengan kerajaan sekular. Rashid Ganushi, pemimpin gerakan Islam di Tunisia juga telah mengemukakan idea National Unity Goverment ini ketapa kerajaan sekular Tunisia.. Tuah Guru Haji Hadi Presiden PAS juga mengemukakan idea National Unity Government kepada kerajaan sekular Malaysia. Formula NUG ini meletakkan kepentingan negara, ummah, dan Islam sebagai prioriti bersama. Jika NUG ini diterima pakai, rakyat tidak rugi, ummah tidak rugi, dan Islam tidak diserang sementera dakwah Islam akan berjalan lebih lancar.

Unity Goverment diwujudkan di saat negara dalam keadan lemah dari sudut ekonomi, sosial atau perang. Hari ini Malaysia berada dalam keadaan amat lemah. Hutang negara RM800 bilion boleh membawa negara kepada kepada bankrupsi. Kadar jenayah terus meningkat. Rakyat hidup dalam keadaan tertindas dengan adanya GST 6%. Perlukah parti politik terus berbalah kerana kepentingan parti masing-masing dan mengorbankan rakyat?

“National unity Government  is a type of coalition government, which means that parliamentary parties or cabinets are working together in order to achieve an outcome. This type of government is usually formed during times of difficulty, such as during wars or when there are economic problems. A national unity government means that all or most of the parties in the government are working together. This is done in times of difficulty to demonstrate political legitimacy, which means that decisions made by the government have to be approved by a number of people with different backgrounds. ”

Idea TGHH tentang National UG bukan angan-angan. Ia satu penyelesaian praktikal. Itali, Kenya, Canada, Lebanon, Greece, Croatia, USA, Zimbabwe, dan UK adalah contoh negara-negara yang mengamalkan National Unity Government. Semua parti bekerjasama tanpa melupuskan parti masing-masing. Inilah konsep NUG yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS, seorang negarawan, yang berakar lokal lokal bertindak global. Musuh-musuh Islam dan musuh PAS termasuk musuh dalam selimut tidak akan senang dan tidak gembira dengan ketokohan ulamak dunia ini, dan akan sentiasa memusuhi dan menyerang tokoh ulamak dunia ini termasuklah musuh dalam negara dan musuh dalam parti sendiri.

10675621_876930935651550_645788140605949737_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s