Kemuncak kesombongan dan keangkuhan Hanipa Maidin


Kemuncak keangkuhan dan kesombongan Hanipa Maidin, pro-Islam Liberal, pro-PASMA, pro-anti ulamak, pro-kominis, pro-Islam Demokrat, pro-demokrasi purist…Nilailah sendiri ucapan Hanipa Maidin..menghina para ulamak lulusan Tumur Tengah dalam PAS, menghina usaha pelaksanaan hudud oleh PAS…..Hanipa tidak perlu menghina demikian rupa kalau dia tidak bersetuju dengan ustaz-ustaz dalam banyak perkara …..atau kerana tidak mampu berhujjah dengan pasa ulamak….angkuhnya Hanipa kerana orang PAS dulu percaya padanya…tetapi kali ini para ahli PAS yang faham erti akhlak sesama manusia….sayonara Hanipa…..

Advertisements

One thought on “Kemuncak kesombongan dan keangkuhan Hanipa Maidin

  1. NASIHAT UNTUK HANIPA MAIDIN & SEMUA AHLI PANEL FORUM YANG BERSAMANYA
    ……………………………
    “Belajarlah menghargai orang lain..dan jangan bersifat ujub”.
    Oleh: TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    SEMUA orang ada sumbangan dalam perjuangan Islam. Sumbangan tersebut tentulah berbeza antara satu sama lain, mengikut kemampuan dan kepakaran mereka.
    Jangan pula seorang peguam mengkritik ahli ekonomi yang tidak bercakap bab undang-undang sebagai bodoh dan tidak menyumbang kepada perjuangan Islam, hanya kerana ia tidak berbicara soal undang-undang.

    Jangan kita rasa ujub dengan apa yang kita tahu lalu membodohkan orang lain.
    Di dalam segenggam lidi, semuanya berguna hatta lidi yang pendek sekalipun, walau tidak terkena sampah waktu menyapu, tetapi ia berperanan menguatkan ikatan lidi itu. Andai lidi pendek ini dibuang, ia akan meloggarkan semua ikatan lidi itu.

    Begitulah kita dalam sebuah jamaah. Allah mengibaratkan ia bagai sebuah bangunan. Bangunan itu asalnya hanya bata, pasir, batu, simen, besi dan air. Namun bila digaul dan disusun, ikatan menjadi sangat kuat hasil kerjasama tersebut yang boleh bertahan berkurun lamanya.

    Pendeknya, setiap orang ada bidang dan kebolehan masing-masing. Semua menyumbang kepada kemenangan Islam. Sumbangan lebih besar boleh dicapai jika semua erti saling menghormati kelebihan masing-masing.

    Ahli agama ada bidang dan medannya. Ahli ekonomi ada kepakaran dan medannya demikian ahli doktor, jurutera, sains dan lain lain – mereka juga ada kepakaran dan medannya untuk memyumbang.

    Kita tidak mungkin minta pakar sains berbicara tentang kaedah istinbat hukum yang menjadi kepakaran bagi ahli agama. Tapi ini tidak bermakna pakar sains tidak boleh mengeluarkan pandangannya. Cuma jangan pula pakar sains bersifat ujub sehingga menghina pandangan dan memandang remeh sumbangan orang lain.
    Jangan kita kita perbodohkan orang lain semata-mata merasakan kitalah yang hebat itu, atau hanya kita sahaja yang membuat kerja Islam ini bagaikan orang lain tidak bekerja.
    Buanglah ego dalam diri kerana mungkin kita rasa hebat tetapi orang lain rasa meluat dengan kenyataan kita.

    Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu, segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kita mengerti berkasih sayang serta menghormati seseorang. Bilamana hilang hormat kita pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepada kita.

    Belajarlah untuk thiqah pada orang lain, dan tawadduklah (merendah dirilah), kerana keegoanlah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan. – HARAKAHDAILY

    Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
    Naib Presiden PAS
    13 Mac 2015

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s