Lagi-lagi Asmuni yang cuai dilantik jadi Pengerusi SPR Muktamar PAS

asmuni lagi

 

 

KENAPA SAYA BANTAH ASMUNI?

oleh Zaharuddin Muhammad (FB)

Tulisan saya ini merujuk kepada kenyataan Dato’ Mustafa Ali tentang kritikan saya terhadap integriti  Asmuni Awi apabila dilantik semula sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Integiriti bermaksud kejujuran, keterbukaan, benar dan boleh dipercayai. Saya pertikaikan perkara ini apabila berlaku
keraguan pada kertas undi di dalam muktamar pemilihan lepas, di mana pengerusi pemilihan pada masa itu ialah saudara Asmuni Awi sendiri.

Dalam muktamar lepas, saya membantah kertas undi yang bagi saya layak disyaki berlaku penipuan. Bagaimana kertas undi dengan nombor yang sama tetapi sebahagian ustaz namanya hilang daripada kertas undi.

Nama orang lain pula yang menggantikan tempat beliau menjadikannya mendapat undi 2 kali untuk satu set kertas undi. Jadi ada orang yang namanya dua kali, tetapi ada ustaz namanya tak ada dalam kertas undi sekalipun namanya wujud di dalam senarai calon yang dipamerkan. Sangat mustahil jika nak diandaikan silap cetak kerana bukan semua kertas undi berlaku kesilapan demikian. Hanya
sebahagian kertas undi sahaja. Jika silap cetak, dia akan silap semua kertas undi justeru berlaku daripada daripada awal; design layout, print out, cetak dan susun.

Tapi bila ada sebahagian sahaja yang silap cetak dan nama yang berubah pelbagai, ini menunjukkan seolah-olah ada pihak yang slot in (selit) kertas-kertas undi yang nombor sama, tapi nama berlainan. Kertas yang ada pada saya hilang nama Ustaz Nasarudin Tantawi dan digantikan dengan nama Dr.
Najihatusolehah Ahmad. (lihat lampiran).

Saya periksa kertas yang ada pada Dr Khairudin Takiri yang mengundi sebelah saya, juga nama Ustaz Nasarudin Tantawi tak ada. Saya periksa pula kertas undi pada pengundi- pengundi lain yang saya kenal, di dapati ada pula nama Ustaz Nasarudin Tantawi dengan nombor yang betul. Ada kertas undi yang tiada nama Ustaz Nasarudin Tantawi dan beberapa calon yang lain yang pro ulama. Saya mula bantah SPR, yang banyak mendengar luahan saya ialah Dr. Supyan, manakala Asmuni Awi pula bersikap ‘lembu kenyang’ waktu saya buat bantahan.

Hj Asmuni minta supaya saya abaikan sahaja dengan alasan: “hanya sedikit, nanti SPR betulkan”. Saya tanya balik: “mana haji tahu sedikit?” Beliau terdiam. Dalam keadaan ‘lembu kenyang’, beliau ingin teruskan pengundian. Waktu saya buat bantahan, Dr Khairudin At-Takiri juga turut membuat
teguran dan bantahan kerana kertasnya tiada nama Ustaz Nasarudin. beliau meminta pengundian dihentikan kerana menimbulkan persoalan ketidaktelusan tetapi haji Asmuni hanya mencadangkan diganti kertas lain.

Saya terus bantah tanpa henti bermula daripada giliran Majlis Syura Ulama masuk mengundi (sebab saya masuk mengikut giliran MSU), kemudian AJK PAS Pusat sehinggalah kepada giliran Dewan Pemuda. Sikap ‘lembu kenyang’ tersebut berakhir apabila masuk giliran Dewan Pemuda mengundi. Ustaz Afnan turut menunjukkan kepada saya bahawa kertas undi yang dia dapat turut kehilangan nama tetapi nombor turutannya sama. Sebab itu saya ‘sound’ kepada ustaz Afnan untuk keluar dari tempat pengundian untuk mengambil pembesar suara dan membuat pengumuman untuk usulkan tangguh pemilihan disebabkan kertas undi layak untuk dikatakan ‘menipu’. Pada masa itulah baru Asmuni umum penangguhan dengan muka sedih, minta maaf, bercakap integriti dan hebatnya ialah
isytihar ingin letak jawatan.

Maaf saya luahkan, masa beliau sebut dan cerita soal ketelusan dan ingin letak jawatan, saya rasa amat terperanjat justeru baru sahaja berhadapan dengan sikap “lembu kenyang’nya masa saya bantah. Saya yakin, kalau tidak kerana saya minta ustaz Afnan umum minta tangguh pengundian, nescaya ia tidak akan tertangguh. Saya agak hairan, beliau tak tanya detail apa sebenarnya yang saya bantah dan beliau tidak ajak saya berbincang. Memang saya juga hairan bagaimana beliau boleh kata ‘sikit’ sedangkan beliau tak ambik serius apa yang saya protes. Apabila setuju tangguh, saya cadang tangguh semua sekali. Tetapi mereka berkeras hendak teruskan pengundian untuk jawatan Timbalan Presiden dan Naib sahaja dahulu, sedangkan akan jadi 2 kali kerja dan muktamirin
menghabiskan masa yang banyak beratur panjang dua kali. Sepatutnya tangguh semua sekali, jadi muktamirin boleh teruskan perbahasan dan perbincangan muktamar. Keesokan baru beratur panjang untuk undi semua sekali.

Tapi peliknya, tindakan itu telah menghabiskan masa muktamirin beratur panjang untuk buang undi jawatan teratas (Timbalan dan Naib) dan keesokannya beratur panjang lagi sekali untuk buang undi
AJK PAS Pusat pula. Memang saya rengus waktu itu, kesian melihat para muktamirin beratur panjang membuang masa buang undi dua kali. Tapi kuasa itu pada mereka, bukan pada saya. Selepas muktamar, ada sahabat-sahabat daripada pemuda memberitahu saya perkara sama juga berlaku dalam pemilihan DPPM. Kertas undi juga hilang beberapa nama seperti nama Dr. Fadhli Ghani. Tetapi saya tidak mengambil pusing berita ini sebab saya hanya dengar daripada kawan dan tidak lihat dengan mata kepala sendiri. Maaf semua ! Saya memang asalnya ingin diam sahaja, tidak lagi bangkitkan isu ini selepas muktamar, dan dalam masa yang sama saya fikir mungkin mereka ingin
diamkan sebab nak jaga parti dan muktamar akan datang (kali ini) akan ditukar Pengarah Pemilihan. Saya tidak lagi bangkitkan isu ini kepada sesiapa, perkara yang lepas saya kira dah lepas, saya tenang sahaja.

Ketenangan ini saya kira berakhir apabila saya ketahui bahawa Asmuni dilantik semula. Saya fikir kenapa Asmuni tak berkeras letak jawatan sebagaimana dalam muktamar lepas? Tiada orang lain ke dalam PAS ni? Kebimbangan saya ini lebih membuak setelah berlaku pendedahan konspirasi Hawai Five 0 yang dipimpin oleh pemimpin kanan parti dan bukti akuan berkanun bahawa lebih separuh
AJK Pusat terlibat dengan konspirasi tidak bermoral tersebut. Realiti ini menambahkan lagi kebimbangan saya, ditambah lagi dengan isu-isu yang di”bawah karpet”kan sebelum ini. Saya lihat, yang mendapat respon untuk disiasat (tindakan belum tentu) hanyalah bantahan laporan yang dibuat secara terbuka, bukan secara tertutup mengikut saluran parti. Saya tak nak sebut di sini banyak perkara, cukup isu 5 kawasan yang didakwa pengundi haram. Saya mengambil jalan untuk umumkan dulu bantahan ini secara terbuka justeru mengelakkan sifat “lembu kenyang” yang menjadi perisai utama mempertahankan kebobrokan dengan menyapunya dibawah karpet. Saya akan hantar memorandum dalam masa terdekat bagi memenuhi syarat biasa. Saya harap tiada yang ikut meramaikan ke pejabat agong bersama saya dan saya akan pergi senyap-senyap. Apapun, saya harap semua pencinta ketelusan bersama saya dalam bantahan ini.

Kepada Dato’ Pa (Mustafa Ali), saya hormati Dato’ sebagai orang tua dan orang lama. Tapi saya tahu apa masalah Dato’ dan saya harap Dato’ lebih teguh.  Kebenaran mesti dipertahankan sehingga ia
terserlah demi menyelamatkan jamaah yang saya sayang ini. Ini tekad saya bermula hari ini. Dan saya harap saya tidak keseorangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s