Musuh bayangi kemajuan PAS sebagai sebuah gerakan Islam

MUSUH BAYANGI KEMAJUAN GERAKAN ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

11008081_798009973581365_6695400505738843180_nKELANA JAYA: Kemenangan PAS di Kelantan tahun 1990 merupakan catatan sejarah dunia kejayaan Gerakan Islam yang dibangunkan para alim ulama dengan kekuatan sendiri, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.

Ujarnya, ketika belum terdapat Gerakan Islam di seluruh dunia berjaya melalui proses demokrasi, kemenangan di Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mencelikkan banyak pihak termasuk golongan yang benci dan anti kepada Islam.

“Ulama-ulama membangunkan kita dan Allah jadikan satu kekuatan pada kita sendiri. Allah bagi kelebihan-kelebihan sehinggakan kejayaan itu datang. Datang setelah mana kita meyakini gagasan yang dibawa oleh pimpinan alim ulama ini, Allah bagi kejayaan pada tahun 1990.

“Tahun 1990 menjadi satu catatan dalam sejarah dunia, kejayaan Gerakan Islam dalam dunia ini di saat belum ada lagi Gerakan Islam yang berjaya melalui proses demokrasi menyebabkan celiknya mata Gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia,” ungkapnya sejarah itu penuh bangga pada Hiwar Siyasi di Pejabat PAS Kawasan Kelana Jaya, di sini baru-baru ini.

Ekoran kemenangan PAS di Kelantan itu ujarnya, Barat telah mengemukakan dua tesis yang mewacanakan perihal kebangkitan Islam dan langkah untuk menghancurkan kembali kekuatan umat Islam ini.

Bagaimanapun katanya, kejayaan di Kelantan menjalar ke di bumi Algeria menerusi kemenangan Front Islamic Salvation (FIS) pimpinan oleh Abbas Madani.

Malangnya ujar beliau, Barat mengambil langkah segera menghancurkan kejayaan itu dengan menangkap dan memenjarakan Abbas Madani.

Kejayaan itu menurutnya, termasuk usaha Najmudin al-Baghdani yang telah berusaha untuk melaksanakan semula sistem syariat Islam di Cornia, Turki, tetapi turut dijatuhkan musuh Islam dan Najmudin dipenjarakan.

Kebangkitan sama katanya, turut membawa kepada kejayaan di Mesir dan saat Dr Mohamad Morsi berusaha menegakkan keadilan Islam, maka Barat yang ketakutan segera menggulingkan pemerintahan Morsi.

“Sekarang bumi kita sedang dipandang oleh seluruh dunia apabila kita menyebut tentang Islam. Kita menyebut tentang ajaran Islam. Salah satunya yang besar apabila kita sebut tentang enakmen atau kanun jenayah syariah. Apabila kita sebut sahaja begitu lalu menyebabkan semua mata-mata memandang kepada bumi Malaysia ini yang dipimpin oleh PAS.

“Bagaimana pula politik yang kita faham ini? Kita bukan faham untuk menang di Putrajaya sahaja. Kena ingat kemenangan kita mesti sampai ke akhirat Allah. Kalau menang untuk Putrajaya sahaja, kemudian tak menang di akhirat, tidak ada nilai kejayaan Islam. Islam berjaya bukan hanya di dunia tapi Islam mesti berjaya smapai akhirat Allah.

“Kalau kita berjaya sekadar untuk ke Putrajaya sahaja yang kita nampak, tiba-tiba Islam ini entah ke mana, Islam tak membawa keuntungan kepada kita, maka di waktu tersebut ia merupakan kekalahan kepada kita, kerana kemenangan Islam ini ada tandanya,” ujar beliau di mana kemudian menghurai surah an-Nasr yang menggariskan tanda-tanda kemenangan Islam iaitulah manusia masuk Islam berbondong-bondong dan memuji-muji kebesaran Allah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s