SESAT MEMAHAMI DEMOKRASI; RESPON KEPADA KENYATAAN MAZHAR YUSOF

mazharSetelah terbongkarnya dialog kumpulan Hawaii Five O yang diterajui Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi AJK Muslimat Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, salah seorang ahli PAS Kedah yang turut berada dalam group Gerak Saraf itu bernama Mazhar Yusof menjustifikasikan perbuatan mereka itu sebagai ‘hak demokrasi’.

Mazhar telah menggambarkan kepincangannya memahami sistem demokrasi apabila dilihat semua perkara boleh dilakukan tanpa batas halal dan haram. Sedangkan sebagai seorang Islam lebih-lebih lagi pimpinan jemaah Islam, demokrasi haruslah dipandu oleh syariat , bukan membelakangkan ajaran Islam. Mengutuk, merancang fitnah dan menggelarkan pemimpin sendiri dengan gelaran yang mengguris hati adalah bukan dari ajaran Islam. Ingatlah sabda Nabi SAW:

“Orang Islam sebenar itu ialah apabila orang islam yg lain selamat dari lidahnya dan tangannya”.

Saya masih ingat YB Zairil, ketika menjawab kritikan wartawan utusan yang menuduh kerajaan DAP Penang tidak demokrasi apabila Penang tidak menjemput utusan dalam sebarang sidang media kerajaan. Walaupun DAP berfahaman Liberal Sekularisme, Zairil menyatakan, “Hak demokrasi bukan bermakna hak untuk memfitnah sesuka hati.”

Sungguh tidak menyangka ada pimpinan kanan PAS mempunyai anak-anak buah yang sanggup membuat kerja khianat terhadap Presiden dan pimpinan lain. Sepatutnya pemimpin yang menjadi contoh menerapkan nilai Islam dalam diri pengikut, sebaliknya membuka medan dan mengapikan lagi kebencian sesama muslim.

Fahaman demokrasi tempang sebegini adalah racun bagi jemaah Islam. Sekiranya ia diimani oleh pemimpin pusat, maka mencantasnya adalah kewajipan kepada seluruh orang beriman yang sayangkan jemaah.

# hatta mesti letak jawatan.

Dicatit oleh :
Mohd Suhaimi Abd Wahab
Setiausaha PAS
Cawangan Pujuk

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s