PASMA membina kekuatan 2014 untuk ambilalih PAS 2015

PERKASA, JATI dan ISMA adalah NGO yang ditubuhkan bagi mengukuhkan UMNO atas nama ketuanan Melayu. NGO ini tidak mempertikaikan kepimpinan UMNO, apatah lagi dasar dan halatuju UMNO.

Tetapi PASMA ditubuhkan sebagai NGO untuk mempertikaikan kepimpinan PAS bersandarkan kepada Kepimpinan Ulamak yang mereka dakwa sudah tidak relevan lagi dan dasar serta hala tuju PAS yang menggunakan nama Islam yang kononnya tidak meyakinkan generasi muda pada hari ini.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata NGO itu hanya mahu memastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat. Alasan ini amat tidak rasional.

PAS tidak pernah menyatakan mahu keluar dari Pakatan. Jadi apa alasan PASMA sebenarnya?

Bukankah mereka dalam PASMA juga ahli PAS boleh melakukan pembaikan dan pembetulan serta pengawasan dari dalam PAS?

Apakah PASMA yang bersifat NGO layak campur tangan urusan sebuah parti politik seperti PAS?

Apakah muslihat PASMA dengan penubuhannya?

Apabila diteliti keahlian PASMA, di dapati kebanyakannya terdiri dari ahli-ahli IKRAM, yang dulunya JIM, dan ahli PAS, yang dulunya juga ada hubungan dengan JIM. Kini mereka bersatu di bawah satu payung, bernama PASMA. Inilah “satu parti politik baru” yang perlu ditubuhkan sepertimana yang disebut dalam kertas kerja Shaari Sungip pada tahun 1990, yang mengandungi grand design untuk kuasai PAS dan UMNO.

Mengapa PASMA membuat Roadshow pertama di Kelantan pada 31 Ogos 2014 di Az Zahrah Pasir Puteh yang dihadiri oleh Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat, sebagai perasmi program pada hari itu?

Pada malam 30 Ogos 2014, penggerak utama PASMA telah bertemu (open secret) di rumah Hussam Musa, Naib Presiden PAS. Apakah Husam Musa mahu menafikannya? Apakah Husam Musa mahu kita edarkan rakaman audio pertemuan mereka membincangkan peretemuaan PASMA di Kelantan?

Kini PASMA membuat Roadshow ke seluruh negara bagi mengumpulkan ahli baru, dan ahli baru ini diambil dari kalangan ahli PAS dan IKRAM (serpihan JIM). PASMA mengharapka mulai sekarang hingga Muktamar Tahunan PAS 2015, mereka mempunyai cukup tenaga untuk menguasai grassroot PAS agar mereka dapat menjuarai pemilihan Jawatankuasa PAS dalam muktamar tahun depan.

10608538_289481207916759_5476579489739411187_o (1)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s